--
Google

Saturday, January 2, 2010

IBNU ARABI : TOKOH SUFI

• Namanya MUHAMMAD bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Hatimi. Lahir di Andalus (Sepanyol) pada tahun 560 Hijrah/ 1165 Masehi.

• Bapanya berkawan baik dengan IBNU RUSYD dan kerap mengunjungi SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI. Bapanya minat Syeikh Abdul Qadir mendoakan agar dia mendapat anak.

• Semasa kematian ayahnya, Ibnu Arabi teragak-agak untuk mengkebumikan ayahnya kerana keadaan jasad ayahnya yang masih segar seperti orang hidup. Ini salah satu petanda kesolehan ayahnya.

• Tiga orang bapa saudaranya adalah ahli sufi. Yang peratma sering memukul kakinya dengan tongkat apabila penat berdiri beribadh pada waktu malam. Yang kedua asalnay seorang pegawai. Setelah disedarkan oleh seorang ahli sufi, barulah dia tersedar. Yang ketiga masuk ke alam sufi hanya setelah berusia 80 tahun menerusi seorang kanak-kanak yang tidak tahu pun tentang sufi.

• Semasa remaja, Ibnu Arabi pernah menjadi setiausha kepada Gabenor Seville. Beliau pernah jatuh sakit berta sehinggakan orang ramai menyangka dia akan meninggal dunia. Dalam sakitnya, dia seolah-olah dikepung sekumpulan makhluk jahat bersenjata yang hendak menghapuskannya. Tba-tiba muncul seorang yang berseri-seri wajahnya menghalau makhluk-makhluk tersebut. Ibu Arabi bertanya, “Apa engkau ini?” Jawabnya, “Aku ialah surah Yaasin.” Dia terjaga dan mendapati bapanya sedang membaca Yaasin berhampiran kepalanya. Setelah itu dia terus sembuh dan menjadi ahli sufi.

• Syeikh Ibnu Arabi kerap menulis kepada pemerintah menegur tindak-tanduk mereka. Pernah khalifah yang sedang berkenderaan tidak diberi salam oleh Ibnu Arabi kerana mengikut sunnah- yang berkenderaan sepatutnya beri salam kepada yang tidak berkenderaan.

• Syeikh mengembara selama 40 tahun tetapi ada juga pulang sepanjang tempoh itu. Beliau rajin mengkaji hasil penulisan Abu yazid Bustami, Abu Mansur al-Hallaj, Hakim at-Tirmizi, Junaid al-Baghdadi, Abu Talib al-Makki, al-Qusyairi dan al-Ghazali.

Kata Syeikh, “Kesemua yang aku tulis dalam kitab-kitabku bukannya hasil daripada pemikiran dan penaakulan biasa. Ia sesungguhnya diberitahu kepadaku menerusi hembusan malaikat ilham ke dalam kalbuku.” (*Kata-kata sebegini hanya difahami oleh mereka yang berbakat dalam dunia sufi sahaja). Dikatakan dia menghasilkan 846 hasil karya bertulis. (*Ini membuktikan ilmu ilham yang diterimanya kerana pada zaman itu kelengkapan menulis susah diperolehi, tidak ada “keyboard” seperti hari ini. Dalam kesibukannya dengan disiplin-disiplin sufi dan kelas-kelas pengajian serta pengembaran selama 40 tahun, mustahil dia mampu menghasilkan 846 karya tetapi itulah yang berlaku)

• Apabila ilham datang, dia tidak boleh berhenti menulis sampailah kitab itu selesai. Ada kitab yang ditulis dalam masa satu jam sahaja iaitu “Hilyatul Abdal” yang mengisahkan kelebihan-kelebihan kaum sufi. Kitab yang paling besar ialah “Al-Futuhatul Makkiyyah” yang terdiri daripada 560 bab. Kitabnya yang masyhur “Fususul Hikam” ditulis setelah diberikan oleh Rasulullah dalam mimpinya dengan kata, “Ambil dan sebarkan kepada manusia agar mereka beroleh manfaatnya”.

• Ibnu Arabi tidak menggunakan platform tariqat tertentu tetapi dia dibimbing oleh guru-guru dan rakan-rakan dari tariqat yang berbeza-beza. Beliau kemudiannya mengasaskan Tariqat Akbariyyah.

• Beliau turut berguru dengan dua orang ahli sufi wanita- Shams dari Marchena dan Nunah Fatimah binti Ibn al Muthanna. Syeikh berkhidmat beberapa tahun kepada Fatimah. Sungguhpun Fatimah sudha berusia 90 tahun, tetapi Ibnu Arabi berasa malu untuk menatap wajahnya yang seolah-olah gadis berusia 14 tahun.

• Ibnu Arabi biasa bertemu “KHIDIR” telah diberi “khirqah” olehnya sebanyak tiga kali iaitu semasa di Seville, Makkah dan Mosul.

• Syeikh berkahwin dengan 3 orang wanita.

• SYEIKH MUHAMMAD ABDUH adalah antara orang yang kuat mempertahankan Syeikh Ibnu Arabi.

• Semasa berada di Mekah, beliau pernah bermimpi melihat Kaabah dibina dengan batu-bata emas dan perak. Pada salah satu sudut Kaabah itu, masih kurang dua ketul bata (1 emas dan 1 perak). Ibnu Arabi “diletakkan” di sana untuk MELENGKAPKAN BINAAN KAABAH itu.

Antara kisah ajaib yang berlaku ke atas Syeikh, suatu ketika Syeikh mengarang sebuah puisi di Tunis iaitu di madrasah Ibnu Muthana. Kemudian beliau pulang ke Seville (yang memakan masa TIGA BULAN perjalanan). Tiba di Seville, seorang yang tidak dikenali datang dan membacakan puisi yang sama dengan karangan Ibnu Arabi. Padahal tidak ada sesiapapun yang tahu isi puisi itu kecuali Ibnu Arabi sendiri. Ibnu Arabi bertanya kepada si lelaki. Lelaki itu menjawab yang puisi itu ditulis dalam satu majlis tariqat. Ketika itu datang seorang pengemis yang membacakan puisi itu. Menurut pengemis, puisi itu dikarang oleh Ibnu Arabi. Setelah dikaji, rupanya pengemis misteri itu menyebarkan puisi tersebut PADA HARI PUISI ITU DICIPTA oleh Ibnu Arabi.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
-------------------------

Alexanderwathern
31 MEI 2007

sumber : http://myalexanderwathern.freephpnuke.org

No comments:

Related Posts with Thumbnails
--------------- Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

"Al-Mahdi" (1) ( Raden Said) (1) (Rahasia Keramat Wali) (1) 38 Hikmah Sufi Sayyid Ali Shah (1) Abad (1) af'al asma' (1) Akhir Tahun (1) akhir waktu Asar (1) Aku adalah harta yang tersembunyi (1) Al Habib Saiykhon Bin Musthofa Albahr (1) Al-Ghazali Menuju Tasawuf (1) Al-hallaj (1) Allah dapat dikenal (1) Almarhum Ustaz Taha Suhaimi (1) Asy-Syeikh (1) Aurad Muhammadiah. (1) Awal Mula umat Bani Israil Meduakan Allah (1) Awan Misterius Muncul Di Langit Israel (1) AZAZIL Menjadi Iblis (1) Bab Sembahyang (1) Baitul Makmur (1) Bani Tamin (1) Bertasauf Mengikuti Sunnah (1) Bertemu Allah (1) Bhah Agong (1) Bumi Datar (1) bumi-para-wali-allah. (1) Buya Syakur Yasin MA Pon Pes Cadangpinggan (1) Cincin Nabi Sulaiman (1) Cinta Rasul (1) Ciung Wanara (1) CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH (1) Dabatul Ard (1) Dabatul Ard Makhluk Raksasa (1) Dakwah Dalam Kubur(GUSNUR)Malang (1) DAN MAKJUJ (1) dan suluhlah kedalam diri sendiri (1) Dari mana kita datang (1) diba'i (1) dibaca 3 kali (1) didunia fana (1) Ditemukan Manusia (1) Doa (1) DOA MENGHINDARI DARI (WABAK) (1) dunia kelab dan semantara (1) dunia kosong (1) dunia palsu (1) ghaib (1) ghaib sahaja (1) Gunung Tidar (1) GURU MURSYID (1) HABIB LUTFI (1) HABIB LUTHFI (1) Habib Rizieq (1) hayatilah (1) hisham (1) Hj shaari penulis kitab Makrifah Tok Kenali (1) IBLIS DAN MANUSIA (1) IMAM GHAZALI BERPESAN (1) IMAM MAHDI (1) ISKANDAR ZULKARNAIN (1) islam sufism shahadah shahada (1) Istana DAJJAL (1) Jerry D.Gray (1) JIN (1) JIN BAWA GARAM .manusia membuat masiat (1) jin dari AZRAQ (1) Jiwa yang Merdeka (1) Junaid Al-Baghdadi (1) kampong kosong (1) KELAHIRAN YAKJUJ (1) Kematian Abu Lahab (1) Kembara ke Sidratul Muntaha (1) Kerajaan Jin Terbesar di Dunia (1) KETURUNAN FATIMAH (1) KH RHOMA IRAMA. (1) Kiblat Malaikat (1) Kisah Legenda (1) KIsah Nabi Muhammad (1) KISAH NABI MUSA (1) KISAH NABI NUH AS (1) KISAH PARA NABI (untuk iktibar) (1) Kitab Iblis (1) lepat (1) Makam (1) Makrifatullah (1) Masjid Besar Bandar Kelang (1) Masjid dome of rock (1) Maulana Malik Ibrahim ( SUNAN GRESIK ) (1) Maulidin Nabi Bida'ah (1) mengenal (1) Mengenal diri (2) Mengenal Diri Melalui Tidur (1) Misteri Bulan Mengambang (kuliah) (1) Mistik Kota Ngawi (1) MUFTI SYED ISA SEMAIT (1) Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (1) muslims (1) NABI AYUB (1) NABI MUSA LARI DARI MESIR (1) Nabi Tertidur 1 (1) Nabi Uzair. (1) naqshbandi dhikr (1) nazam (1) NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH (1) OPICK - tombo ati (1) pada wajah diri kita dan pada wajah alam (1) Pak Su Mid (1) paku pulau jawa (1) Pandanglah sifat Allah (1) Pengajian Akbar Bersama Gus Nuril (1) Pengalaman (1) penglihatan makrifat (1) Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir (1) Petruk Bagong (1) Pohon Ghorqod (1) Prabu Jayabaya (Kitab Musarar) (1) RAWA PENING (1) Rindu Allah Mahabbatillah by Gus iMM (1) Saidina Umar ibni al-Khattab (1) Sebelum Zaman Wali (2) Sejarah Bangsa Jin dan Iblis (1) selidiklah (1) Semar Gareng (1) Semut Bertasbih Kepada Allah SWT’ (1) Setan Kober (1) shaykh (1) Shaykh Hisham Kabbani (1) SIAPAKAH ANAK-CUCU MANUSIA YANG TERSELAMAT DI DALAM BAHTERA NABI NUH ALAIHISSALAM ? (1) sifat (1) SUDAH MUNCUL - PENJELASAN ULAMA (1) sufi (1) SUNAN AMPEL (1) Sunan Gunung Jati (1) SUNAN KALIJAGA (1) Syahidnya Imam Hussein (1) Syekh Siti Jenar Di Hukum Mati (1) Tahlil (1) Tentang Iskandar Zulkarnain (1) Terjemahan.. Surah Al Kahfi (1) Ternyata Ciptaan Sunan (1) tiliklah (1) Tongkat Nabi Musa (1) TUAN GURU HAJI SHAARI (1) Ustaz Don (1) Ustaz Haji Shaari Mohd Yusu (1) Ustaz TM Fouzy (1) Wan Sehan (1) Yakjud dan Makjud.. (1) Yurusalam (1) Zahirnya wajah Allah dipersada alam (1)

DUA DUNIA