--
Google

Thursday, August 7, 2008

GURU MURSYID

GURU MURSYID

Adapun yang dinamakan guru adalah seorang manusia zahir atau ghaib yang mengajar seseorang di dalam satu-satu ilmu dan guru ini akan menyampaikan petua-petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut.

Dalam membincangkan guru hakiki dan makrifat maka seseorang yang mengajar akan muridnya akan memberi petua-petua, cara-cara dan kaedah-kaedah mengikut pengamalannya dan jalan yang dipelajarinya kepada anak muridnya untuk diamalkan, dikerjakan, sehingga mendapat ke satu martabat yang tinggi disisi Allah S.W.T. dan juga disisi manusia alam sejagat.

Adapun yang dinamakan Mursyid adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru dan ianya benar-benar mengetahui di semua bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah diterokainya sendiri tanpa diambil dari pendapat orang lain, cerita orang lain atau daripada bahan-bahan bacaan yang kemudiannya ditafsirkan (translate) mengikut fikiran mereka sendiri tanpa bersandarkan kepada `LADUNNI'.

Biasanya guru-guru yang Mursyid adalah terdiri daripada seseorang yang tinggi martabatnya di dalam ilmu hakiki dan makrifat, kerana semasa perguruannya dahulu, seseorang yang menjadi guru ini telah pun mengalami sendiri pengalaman pengajaran `LADUNNI' yang kebanyakannya `Ilmu LADUNNI' ini membincangkan hal-hal ilmu ghaib yang jauh terkeluar daripada tahap pencapaian pemikiran manusia.
Dengan lain perkataan guru Mursyid bolehlah ditakrifkan secara total iaitu seseorang yang mengajar muridnya daripada hasil pengalaman (experience) ilmu pengetahuan yang dialaminya sendiri sama ada di alam hakiki mahu pun di alam makrifat.

Dengan lain perkataan guru yang Mursyid bolehlah ditakrifkan secara total iaitu seseorang yang mengajar muridnya daripada hasil pengalaman ilmu pengetahuan yang dialaminya sendiri sama ada di alam hakiki mahu pun di alam Makrifat.

Dia tidak pernah meniru orang lain. Ia tidak pernah tertarik dengan cara orang lain, tetapi ianya mewariskan ilmunya mengikut pengalaman yang pernah dilaluinya semasa ia menjalani latihan ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya dahulu.

Guru-guru yang berpengalaman ini adalah terdiri daripada seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya untuk mewariskan pula ilmu-ilmunya itu kepada bakal-bakal muridnya yang baru. Ini adalah perlu kerana tanpa keizinan daripada guru asalnya untuk mengajar kepada bakal-bakal muridnya yang baru, maka perhubungan mata rantai jalan hakiki dan makrifat itu tidak mungkin bersambung daripada guru asalnya sampailah kepada titihan jalannya kepada Rasulullah S.A.W.

Adalah tidak layak bagi seseorang yang mengajar ilmu hakiki dan makrifat untuk mengajar orang lain tanpa mendapat keizinan ijazah daripada guru asalnya.

Di samping itu pengiktirafan ijazah boleh diperolehi oleh seseorang bakal menjadi guru melalui `LADUNNI' tersebut, seseorang itu mendapat pengiktirafan untuk membolehkannya mengajar orang lain daripada salah seorang atau keduanya sekali iaitu Nabi Khaidir A.S. atau daripada Rasulullah S.A.W. Pengiktirafan `LADUNNI' ini kemudiannya hendaklah dipersembahkan kepada guru asalnya yang zahir dan disahkan olehnya.

Dengan mendapat pengiktirafan untuk menyebarkan petua-petua ilmu ini maka seseorang itu bolehlah dianggap sebagai seorang guru yang Mursyid.

Dalam pada itu bagi menentukan guru-guru tarikat yang Mursyid, maka adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang bakal menjadi murid supaya terlebih dahulu menyelidik akan usul galur atau titihan Tariqat itu terlebih dahu dan tentukan jalan Tariqat tersebut benar-benar bermata rantai dan mempunyai persambungan dari satu guru ke satu guru, dari seorang Wali Allah ke satu Wali Allah yang lain, sampailah kepada paras sahabat dan Rasulullah itu sendiri.

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa satu-satu Tariqat yang tidak mempunyai persambungan jalandengan Rasulullah dan para Sahabatnya, maka jalan Tariqat itu adalah merupakan satu jenis Tariqat rekaan atau tiruan yang palsu serta tidak bermaya, kerana Tariqat semacam ini ianya tidak mempunyai saluran kepada rasulullah, maka dalah jenis tariqat tersebut itu sesat dan tidak berakar umbi. Maka jenis Tariqat sebegini bolehlah dinamakan `Tariqat Iblis' dan sudah tentu tujuan matlamat asal seseorang bakal murid itu untuk merapatkan dirinya dengan Allah S.W.T. akan menyimpang jauh, jika ianya terjerumus ke lembah Tariqat tersebut.

Bagi guru-guru yang Mursyid akan mengajar muridnya secara berperaturan pada suatu peringkat ke satu peringkat, daripada satu martabat ke satu martabat.

Di samping itu seseorang Guru Mursyid akan mengikuti perkembangan ilmu muridnya pada setiap masa dan dapat pula menerangkan Nur, Tajalli, Sir, Sirussir dan Tawassul yang diterima oleh muridnya melalui `LADUNNI'. diterangkan dengan jelas dari satu aspek ijtihadnyanya ke satu ijtihad yang lain berpandukan pengalaman ilmu hakiki dan makrifat yang dilalui dan dialaminya sendiri semasa menjalani latihan dahulu bersama dengan guru asalnya yang juga merupakan seorang yang Mursyid.

Bermula guru-guru yang Mursyid bukannya boleh dilihat pada segi zahir sahaja, tentang kedudukannya, jumlah ilmu syariatnya, panjang serbannya, Wara' wataknya, banyak kitabnya, jernih air mukanya, bertanda hitam di dahinya, bersopan santun orangnya dan sebagainya. Tetapi ianya hendaklah dipandang dalam segi perawakan ilmunya. Ini disebabkan banyak mereka yang Mursyid menyelubungi ilmunya, merahsiakan ilmunya. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui ia merupakan seorang Mursyid yang mempunyai martabat yang tertinggi.

Seperti kata pujangga.......

"Jangan sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu manandakan ianya terdiri daripada golongan orang-orang bijak pandai, alim lebai atau berketurunan baik-baik, kerana walaupun memakai pakaian kain sutera dan intan berlian sekalipun, yang kera itu kera juga."

Oleh itu bagi mereka yang hendak mencari ilmu hakiki dan makrifat, hendaklah mencari dan menuntutnya dengan guru-guru yang Mursyid, walaupun mereka terdiri daripada seorang yang miskin hina dunia, seorang yang berperawakan tidak siuman (hilang akal), seorang perawakan jahil sama ada daripada golongan rakyat atau raja, sama ada tempatnya di masjid atau di tepi jalan atau di bandar atau di hutan. Pendek kata belajarlah ilmu ini di mana-mana saja asalkan ia daripada guru yang Mursyid.

Pendek kata kelakuan dan fe'el peramgai zahir seseorang itu tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk dijadikan formula terhadap sifat mutlak kemursyidan seseorang itu, tidak semestinya seseorang jahil itu tidak alim, tidak semestinya seseorang jahat itu jahat, tidak semesti, semesti......., semesti.......kerana Ilmu Ghaib dan Syahadah adalah suatu ilmu yang pelik lagi payah untuk diterima oleh daya fikiran seseorang manusia dan banyak kelakuan yang ditunjuk oleh mereka yang menguasai Ilmu Ghaib dan Syahadah adalah terkeluar jauh dari tahap daya otak manusia dan norma-norma masyarakat sekeliling.

Sebagai iktibar yang paling dekat, bagaimana Nabi Musa A.S. mencari dan menuntut Ilmu Ghaib dengan Nabi Khaidir A.S. di mana Allah menceritakan kepada kita beberapa peristiwa aneh berlaku.

Untuk maencari di mana Nabi Khaidir A.S. tinggal itu pun sufah menjadi suatu kepelikan kepada kita. Nabi Musa A.S. diperintah berjalan di sepanjang pantai Laut Merah dan ianya harus berjalan dan terus berjalan sehinggalah ikan kering yang menjadi lauk-pauk bekalan makanannya itu hidup kembali dan terjun berenang ke dalam laut. Jika difikir dengan otak bagaimana boleh ikan yang telah mati, boleh hidup kembali. Ini menunjukkan bahawa di dalam hal mencari guru pun, sudah pun menimbulkan sesuatu di luar daya fikiran manusia dan ini membuktikan tingginya teknologi (HiTech) Ilmu Ghaib dan Syahadah, di mana untuk mencari guru pun sudah sampai ke tahap yang begitu menyulitkan daya fikiran manusia, apa halnya pula dengan ilmunya.

Ingatlah, jarang sekali kita menjumpai seseorang guru yang alim Syariat dan Mursyidnya pula di dalam ilmu hakikat dan Mursyid. Kalau terjumpa, itulah seorang guru yang paling baik. Tetapi jika tidak bertemu dengan guru bersifat di atas, maka sudah cukup baginya menjumpai seorang guru hakiki lagi makrifat yang Mursyid.

Adapun di antara sifat-sifat dan syarat-syarat pada guru yang Mursyid itu, yang

Pertamanya......
"Seorang Guru itu sering menggunakan al-Quran sebagai buktinya."
Keduanya....
"Menggunakan Hadis Qudsi dan Hadis Nabi sebagai sandaran."
Ketiganya....
"Menggunakan perkataan petua guru-guru Mursyid."

Keempatnya.....
"Menggunakan Qias dan Ijtihad Ladunni dari hasil pengalamannya."
Adapun syarat-syarat sifat dan perangai yang sering ditunjuk oleh Guru Mursyid terhadap muridnya di antaranya adalah seperti berikut,

Pertama....
"Hendaklah seseorang itu mengajar murid-muridnya dengan jujur dan ikhlas."
Kedua.......
"Seseorang guru itu pandai memilih dan menilik murid-muridnya yang hendak diberi ilmu yang penting."
Ketiga....
"Seseorang guru itu tidak menaruh perasaan dengki terhadap muridnya."
Keempat...
"Seseorang guru itu tidak akan menyembunyikan ilmunya yang layak diterima oleh muridnya, jika diminta."
Kelima...
"Seseorang guru itu hendaklah berpesan kepada muridnya, suatu pesanan yang benar dan haq."
Keenam...
"Seseorang guru itu tidak memperalat anak muridnya untuk kepentingan dirinya."
Ketujuh....
"Seseorang guru itu hendaklah sentiasa berdoa kepada anak muridnya supaya dikurniakan Allah darjat, berkat dan mendapat keredhoan Allah di dunia dan akhirat."
Biasanya juga guru-guru yang Mursyid tidak pernah meninggalkan syariat di dalam hidupnya. Ianya akan hidup seperti orang ramai. Tetapi di dalam hal ini janganlah dipandang dari sudut ini saja tetapi hendaklah juga dipandang di dalam sudut yang lain, sebab taraf martabat di antara satu manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza dan payah sekali untuk diterangkan di dalam catatan ini.

Wallah hu ta'ala a'lam.
sumber: Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
"Abdul Jamil Lam"


No comments:

Related Posts with Thumbnails
--------------- Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

"Al-Mahdi" (1) ( Raden Said) (1) (Rahasia Keramat Wali) (1) 38 Hikmah Sufi Sayyid Ali Shah (1) Abad (1) af'al asma' (1) Akhir Tahun (1) akhir waktu Asar (1) Aku adalah harta yang tersembunyi (1) Al Habib Saiykhon Bin Musthofa Albahr (1) Al-Ghazali Menuju Tasawuf (1) Al-hallaj (1) Allah dapat dikenal (1) Almarhum Ustaz Taha Suhaimi (1) Asy-Syeikh (1) Aurad Muhammadiah. (1) Awal Mula umat Bani Israil Meduakan Allah (1) Awan Misterius Muncul Di Langit Israel (1) AZAZIL Menjadi Iblis (1) Bab Sembahyang (1) Baitul Makmur (1) Bani Tamin (1) Bertasauf Mengikuti Sunnah (1) Bertemu Allah (1) Bhah Agong (1) Bumi Datar (1) bumi-para-wali-allah. (1) Buya Syakur Yasin MA Pon Pes Cadangpinggan (1) Cincin Nabi Sulaiman (1) Cinta Rasul (1) Ciung Wanara (1) CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH (1) Dabatul Ard (1) Dabatul Ard Makhluk Raksasa (1) Dakwah Dalam Kubur(GUSNUR)Malang (1) DAN MAKJUJ (1) dan suluhlah kedalam diri sendiri (1) Dari mana kita datang (1) diba'i (1) dibaca 3 kali (1) didunia fana (1) Ditemukan Manusia (1) Doa (1) DOA MENGHINDARI DARI (WABAK) (1) dunia kelab dan semantara (1) dunia kosong (1) dunia palsu (1) ghaib (1) ghaib sahaja (1) Gunung Tidar (1) GURU MURSYID (1) HABIB LUTFI (1) HABIB LUTHFI (1) Habib Rizieq (1) hayatilah (1) hisham (1) Hj shaari penulis kitab Makrifah Tok Kenali (1) IBLIS DAN MANUSIA (1) IMAM GHAZALI BERPESAN (1) IMAM MAHDI (1) ISKANDAR ZULKARNAIN (1) islam sufism shahadah shahada (1) Istana DAJJAL (1) Jerry D.Gray (1) JIN (1) JIN BAWA GARAM .manusia membuat masiat (1) jin dari AZRAQ (1) Jiwa yang Merdeka (1) Junaid Al-Baghdadi (1) kampong kosong (1) KELAHIRAN YAKJUJ (1) Kematian Abu Lahab (1) Kembara ke Sidratul Muntaha (1) Kerajaan Jin Terbesar di Dunia (1) KETURUNAN FATIMAH (1) KH RHOMA IRAMA. (1) Kiblat Malaikat (1) Kisah Legenda (1) KIsah Nabi Muhammad (1) KISAH NABI MUSA (1) KISAH NABI NUH AS (1) KISAH PARA NABI (untuk iktibar) (1) Kitab Iblis (1) lepat (1) Makam (1) Makrifatullah (1) Masjid Besar Bandar Kelang (1) Masjid dome of rock (1) Maulana Malik Ibrahim ( SUNAN GRESIK ) (1) Maulidin Nabi Bida'ah (1) mengenal (1) Mengenal diri (2) Mengenal Diri Melalui Tidur (1) Misteri Bulan Mengambang (kuliah) (1) Mistik Kota Ngawi (1) MUFTI SYED ISA SEMAIT (1) Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (1) muslims (1) NABI AYUB (1) NABI MUSA LARI DARI MESIR (1) Nabi Tertidur 1 (1) Nabi Uzair. (1) naqshbandi dhikr (1) nazam (1) NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH (1) OPICK - tombo ati (1) pada wajah diri kita dan pada wajah alam (1) Pak Su Mid (1) paku pulau jawa (1) Pandanglah sifat Allah (1) Pengajian Akbar Bersama Gus Nuril (1) Pengalaman (1) penglihatan makrifat (1) Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir (1) Petruk Bagong (1) Pohon Ghorqod (1) Prabu Jayabaya (Kitab Musarar) (1) RAWA PENING (1) Rindu Allah Mahabbatillah by Gus iMM (1) Saidina Umar ibni al-Khattab (1) Sebelum Zaman Wali (2) Sejarah Bangsa Jin dan Iblis (1) selidiklah (1) Semar Gareng (1) Semut Bertasbih Kepada Allah SWT’ (1) Setan Kober (1) shaykh (1) Shaykh Hisham Kabbani (1) SIAPAKAH ANAK-CUCU MANUSIA YANG TERSELAMAT DI DALAM BAHTERA NABI NUH ALAIHISSALAM ? (1) sifat (1) SUDAH MUNCUL - PENJELASAN ULAMA (1) sufi (1) SUNAN AMPEL (1) Sunan Gunung Jati (1) SUNAN KALIJAGA (1) Syahidnya Imam Hussein (1) Syekh Siti Jenar Di Hukum Mati (1) Tahlil (1) Tentang Iskandar Zulkarnain (1) Terjemahan.. Surah Al Kahfi (1) Ternyata Ciptaan Sunan (1) tiliklah (1) Tongkat Nabi Musa (1) TUAN GURU HAJI SHAARI (1) Ustaz Don (1) Ustaz Haji Shaari Mohd Yusu (1) Ustaz TM Fouzy (1) Wan Sehan (1) Yakjud dan Makjud.. (1) Yurusalam (1) Zahirnya wajah Allah dipersada alam (1)

DUA DUNIA