--
Google

Tuesday, June 1, 2010

Pandanglah sifat Allah pada wajah diri kita dan pada wajah alam..

Di jadikan diri kita ini adalah sebagai tempat untuk memandang sifat-sifat Allah. Pandanglah sifat Allah pada wajah diri kita dan pada wajah alam, supaya dengan cara itu, kita akan terpandang dan terlihat Allah berserta Allah jadikan diri kita ini, adalah bertujuan untuk memperlihat dan memperkenalkan wajah Allah, kita dikehendaki terlebih dahulu menfana'kan diri dan berserah diri untuk dimatikan, untuk dipulangkan dan untuk diserahkan kembali kepada Allah (tuan ampunya diri). Di mana kita berada sekarang?, sekarang ini kita sedang berada didunia fana, dunia palsu, dunia kosong, dunia gelab dan semantara. Kita sekarang berada digemggaman Allah dan dipersimpangan ketentuan Allah




inzi dengan karya; Kasyaf Al-haq Mohd Yusuf cik wook
( Al - Fatihah)

Sunday, May 30, 2010

Zahirnya wajah Allah dipersada alam

Bagi diri yang fana, yang telah mematikan diri sifat, af'al asma' dan bagi diri yang mematikan zat, Ianya akan membawa kita melihat Allah, walau dari arah mana sekalipun yang kita pandang. Kita akan dapat melihat Allah dari apa sesuatu yang kita pandang dan dapatmengenal Allah melalui apa sesuatu yang dilihat. Penghayatan tentang makrifat itu menjadi satu tanda dan menjadi kayu pengukur, bahwa hati kita itu, telah benar-benar faham ilmu makrifat. Zahirnya wajah Allah dipersada alam ini teramat terang, teramat nyata dan teramat jelas, bagi yang benar-benar memandang dalam pandangan dan penglihatan makrifat. Maha terang dan Maha nyata Allah itu, lebih terang dan lebih nyata dari cahaya matahari,




dengan izin karya: Kasyaf Al-Haq...Mohd Yusuf Cik Wook

KISAH NABI MUSA (1)

NABI MUSA

Berabad abad lamanya, Mesir diperintah oleh raja yang
menamakan dirinya Firaun. Mereka memerintah secara turun
temurun. Kerana kebebasan dan kekuasaan yang ada pada raja
Firaun, setiap yang menjadi raja itu, semakin lama semakin
kejam dan ganas juga. Bukan saja mereka menganggap dirinya
paling kuasa, malah melebihi dari itu, iaitu mereka beranggapan
bahawa diri mereka itu Tuhan yang harus disembah oleh semua
manusia, kerana mereka berpendapat tidak ada makhluk lain
yang lebih kuasa, daripada mereka. Lebih lebih lagi terhadap
bangsa asing yang hidup di negerinya iaitu Bangsa Israel yang
berasal dari daerah Palestin, mereka selalu diseksa,
penghidupannya disempitkan. Dengan kesalahan yang kecil,
mereka dianiayai se berat beratnya. Demikianlah politik
pemerintahan Firaun di waktu itu.

Pada suatu hari, tukang tenungan sendiri datang menghadap
Firaun dan berkata: Akan lahir seorang anak lelaki di kalangan
Bangsa Israel yang tinggal di Mesir ini. Anak itu nanti akan
mengalahkan engkau dengan pemberontakan
pemberontakannya dan tidak akan mengakui engkau sebagai
Tuhan dan rajanya lagi.

Mendengar itu Firaun dengan segera mengeluarkan peraturan
istimewanya di mana dinyatakan bahawa setiap anak lelaki Bani
Israel yang dilahirkan pada waktu itu harus dibunuh, kecuali
anak anak perempuan saja yang dibiarkan hidup. Demikianlah
siasat jahat guna memusnahkan Bangsa Israel yang menetap di
situ. Di waktu berlakunya undang undang itulah ibu Musa sedang
mengandung dan sudah dekat melahirkan anak, iaitu Nabi Musa,
anak Bani Israel yang mana peraturan itu berlaku bagi dirinya.
Alangkah sedihnya hati Yukabad, iaitu ibu Nabi Musa yang
sedang mengandung dan sudah dekat waktunya melahirkan,
sekalipun dia sendiri belum mengetahui apakah anaknya itu
lelaki atau pun perempuan.

Dia terpaksa bersembunyi saja di rumahnya, agar jangan
diketahui orang bila melahirkan anak. Dalam keadaan sedang
bersembunyi itulah pada suatu hari Nabi Musa dilahirkan.
Alangkah terkejutnya demi di lihat sang ibu, bahawa bayi yang
dilahirkannya itu adalah seorang anak lelaki. Dia tidak berputus
asa dan dia percaya juga bahawa anaknya itu akan hidup terus,
sedapat mungkin akan ia pertahankan, jangan sampai menjadi
korban undang undang yang dikeluarkan Firaun itu. Khabar
kelahiran ini disimpannya baik baik, tidak terdengar oleh Firaun
dan mata matanya. Tiga bulan lamanya bayi Musa itu dapat
dijaga oleh ibunya sendiri, dengan tidak diketahui oleh Firaun
dan kakitangannya.

Tetapi makin lama peraturan itu dijalankan makin bertambah
keras juga. Pasukan pengintip diperbanyak, untuk mengetahui
tempat dan nama tiap tiap perempuan mengandung dan anak
anak yang baru lahir.

Tuhan lalu mewahyukan kepada ibu Musa, agar bayinya
diletakkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil yang
mengalir di hadapan rumahnya. Dengan hati yang tenang dan
sabar, ibu Musa menurutkan ajaran wahyu itu. Bayinya
dimasukkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayi
yang dihanyutkan itu diiringkan dengan mata sedih oleh saudara
perempuan Nabi Musa sendiri, untuk mengetahui ke mana
perginya anak bayi ini nantinya. Alangkah terkejut saudara
perempuan dan ibu Nabi Musa, ketika diketahuinya, bahawa peti
yang membawa bayinya itu terhenti di hadapan istana Firaun,
lalu diambil oleh isteri Firaun.

Ibu Musa cemas kalau kalau bayinya dibunuh oleh Firaun. Tetapi
Allah lebih berkuasa. Baru saja isteri Firaun melihat wajah bayi
yang hanyut terapung katung dengan sebuah peti di dalam
sungai itu, timbul cinta kasih dalam hatinya terhadap bayi itu.
Lalu anak itu diambil dan digendongnya, dibawa dan
diperlihatkannya kepada suaminya; iaitu Firaun dengan berkata:
Saya suka kepada anak ini, mari dia kita jadikan anak kita
sendiri.
Firaun sendiri pun lupa akan peraturan yang dikeluarkannya. Dia
pun turut tertarik untuk menjadikan bayi itu menjadi anaknya
sendiri. Begitulah Nabi Musa dibesarkan dan dididik di rumah
musuh besarnya, dengan siapa nantinya Nabi Musa itu sendiri
akan berjuang. Alangkah senang hati Yakubad melihat dan
mendengar keadaan bayinya yang selamat itu, dipelihara oleh
raja besar.

Sekarang Firaun dan isterinya sibuk mencari perempuan yang
dapat mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Banyak
sudah perempuan perempuan Mesir datang melamar untuk
mengasuhnya, tetapi setiap kali hendak disusukan oleh mereka
ke mulut Musa, Musa menolak tidak mahu menyusunya.
Akhirnya Firaun memerintahkan kepada Haman untuk mencari
perempuan yang mahu disusui oleh bayi itu. Haman terpaksa
mengendong Musa itu ke sana ke mari untuk mencari
perempuan yang dimaksudkan itu. Banyak sudah perempuan
yang bersedia,tetapi Musa tetap tidak mahu menyusu kepada
mereka, malah tangisnya semakin keras juga yang menandakan
dia sangat haus.

Bertemulah akhirnya dengan seorang perempuan, yang juga
menawarkan diri untuk menyusukannya. Baru saja dia membuka
susunya, dengan cepat bayi itu menyusu kepadanya.
Alangkah hairan Firaun melihat kejadian itu dan berkata:
Siapakah engkau ini, tidak seorang juga perempuan selain
engkau yang mahu dia menyusu kepadanya.

Perempuan itu ialah Yukabad, ibu dari bayi itu sendiri, ibu Nabi
Musa. Dijawabnyalah perkataan Firaun itu: Saya perempuan
yang baik bau, pula baik susunya. Setiap bayi suka sekali
menyusu kepada saya.

Begitulah Musa diserahkan kepada ibunya sendiri untuk
dipelihara, diasuh dan disusukan. Dan ibu Musa mendapat upah
yang lumayan dari raja Firaun yang kaya raya itu. Demikianlah
caranya Allah memelihara Musa dan membalas kesabaran dan
ketabahan hati ibu Musa yang telah sudi menurutkan bunyi
wahyuNya.

NABI MUSA MENUJU KE MADYAN
Dengan bersembunyi Musa lalu keluar meninggalkan kota itu,
kerana merbahaya buat keselamatan dirinya. Dia menghadapkan
mukanya ke hadrat Allah memohon perlindungan dari segala
bencana yang diniatkan orang atas dirinya.

Lapan hari delapan malam lamanya dia berjalan terus menerus
menuju ke Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam) dengan
seorang diri, tidak ada teman, selain perlindungan Allah semata,
tidak ada perbekalan selain takwa kepada Allah. Berjalan tanpa
sepatu pula, sehingga pecah kakinya. Dengan di timpa kelaparan
hebat, sehingga dia tidak sanggup lagi membunuh nyamuk
dengan tangannya karena lemah dan letihnya. Sekalipun begitu,
namun perjalanan diteruskan, bukan mencari keuntungan wang
dan lainnya, tetapi semata mata untuk menjauhkan diri dari
bahaya Firaun dan kaumnya, menghindarkan dirinya dari orang
orang yang berniat buruk dan selalu mencari dia.

Akhirnya tibalah dia di Madyan. Dilihatnya banyak manusia
berkumpul dan berkerumun. Setelah didekatinya, tahulah dia
bahawa di sana ada sumur. Mereka adalah orang orang gembala
yang sedang berebutan dahulu mendahului untuk mengambil air
dari dalam sumur itu, untuk minum mereka atau kambing
kambingnya. Agak tersisih dari orang banyak itu, Musa melihat
pula dua orang anak perempuan sedang menjaga kambing
kambingnya yang sangat kurus, jauh berbeza dengan kambing
kambing orang banyak yang gemuk gemuk semuanya itu. Kedua
anak perempuan itu terpaksa menyisihkan diri untuk menjaga
kehormatan dirinya, tidak mahu berasak asak berebut
mengambil air. Dengan sabar dia menunggu orang banyak itu
selesai semuanya baru dia mengambil pula air untuk kambing
kambingnya. Kadang kadang dia temui sumur itu telah kosong,
dari itulah maka kambing kedua perempuan itu kurus kurus,
sedang kambing orang banyak itu gemuk gemuk. Dan ini pulalah
yang menyebabkan kedua anak perempuan itu selalu terlambat
pulang ke rumahnya, kerana menunggu orang banyak selesai
lebih dahulu.

Melihat keadaan yang demikian, bergolak pulalah dalam jiwa
Musa perasaan untuk melindungi orang yang teraniaya. Musa
mendekati kedua anak perempuan itu lalu bertanya: Kamu
berdua sedang apa di sini?

Kedua anak perempuan itupun menerangkan kepada Musa,
bahawa dia menunggu selesainya orang banyak, untuk
mengambil air pula dari sumur itu. Kami tidak mahu berdesak-
desakan dengan lelaki sebanyak itu. Kami terpaksa datang
mengambil air ke mari, karena bapak kami sudah tua, tidak
mungkin untuk datang sendiri ke mari.

Mendengar cerita kedua anak perempuan itu, Musa timbul rasa
kasihannya. Dia bangkit berdiri mengambil air dari sumur itu,
berasakkan dengan orang banyak, lalu diminumkan kepada
kambing kambing kedua anak perempuan itu. Kemudian Musa
menuju ke tempat yang agak teduh, ia duduk di situ melepaskan
lelahnya. Dirasakannya benar benar penat, letih dan lapar, dia
memohon kepada Tuhan untuk dikasihi atas kemiskinan dirinya
itu.

Kedua anak perempuan itu dengan pertolongan Musa dapat
pulang ke rumahnya agak segera dari yang sudah sudah,
sehingga bapanya merasa hairan, lalu bertanya apa sebab
mereka agak lekas pulang kali ini.

Mendengar cerita anak anaknya, timbul dalam hati orang tua itu
(menurut ahli sejarah, orang tua ini ialah Nabi Syuaib) ingin
berkenalan dengan Musa, sehingga diutuskannya salah seorang
dari anak perempuannya itu untuk memanggil Musa datang
kepadanya.

Setelah sampai anak perempuan itu ke dekat Musa, dengan
malu malu ia berkata: Saya diutus bapa untuk memanggilmu
agar sudi datang ke rumahku, kerana bapa telah berhutang budi
atas kebaikanmu yang telah menolong kami.

Musa mengabulkan undangan anak perempuan yang
diperintahkan bapanya itu. Keduanya sekarang berjalan beriring
iringan menuju rumah anak perempuan itu. Anak perempuan di
belakang, sedang Musa di muka, untuk menjaga kehormatan
kedua belah pihak. Setiba di rumah, dia disambut oleh Syuaib
(bapa perempuan itu) dengan dada yang lapang dan rasa terima
kasih atas kebaikan dan pertolongan Musa. Anak muda itu
diminta menceritakan hal ehwal dirinya; maka diceritakannya
dari awal sampai akhirnya, sehingga tahulah orang tua itu akan
sebab dan rahsia perjalanannya yang jauh itu.

Orang tua itu mendengarkannya dengan tenang. Tampaklah
olehnya sifat sifat baik yang ada pada Musa. Orang tua itu
menenangkan jiwa Musa dengan berkata: Jangan khuatir, di sini
engkau akan bebas dari pengejaran kaum yang zalim itu.

MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI MUSA
Dengan harapan penuh supaya Firaun insaf akan kekurangan
dirinya, insaf akan kebesaran Tuhannya, maka Musa cuba cuba
memperlihatkan mukjizat yang telah dikurniakan Allah
kepadanya, untuk dipertontonkan kepada Firaun, sesudah
terbukti bahawa Firaun tidak mahu tunduk kalau hanya dengan
kata kata belaka.

Bukan terhadap Firaun saja, tetapi hendaknya dapat pula
menginsafkan para bangsawan yang tak lebih dan tak kurang
pada kekafiran mereka, bahkan mereka itulah sebenarnya yang
telah menghasut dengan nasihat nasihatnya yang amat kejam,
sehingga Firaun menjadi bertambah sesat dan kejam juga.
Dengan mengucapkan syukur kepada Tuhan yang telah
menurunkan berbagai rahmat dan nikmat, Musa mulai
memperlihatkan mukjizatnya yang besar. Tongkat yang berada
di tangannya, dilemparkannya ke tanah. Tiba tiba tongkat itu
menjadi ular besar, sehingga Firaun dan para bangsawannya
betul betul takjub melihatnya.

Cobalah mukjizaterlihatkan yang lainnya lagi ! kata Firaun
kepada Musa, dengan harapan Musa tidak akan dapat lagi
berbuat apa apa selain semacam itu saja.
Musa segera memasukkan tangannya ke ketiaknya. Sejurus
kemudian tangan itu dikeluarkannya. Tangan tersebut
mengeluarkan sinar yang berkilau kilauan, lebih hebat dari
cahaya kilat, sehingga dunia menjadi terang benderang
kerananya, mata Firaun dan para bangsawannya menjadi silau.
Firaun merasa sudah tidak mempunyai daya lagi untuk
mengalahkan Musa. Dia berpaling menuju ke tempatnya
bersama sama dengan para bangsawannya. Dalam hatinya
timbul berbagai bagai fikiran jahat, dengan cara bagaimana
dapat mengalahkan Musa. Kehebatan Musa itu dicuba diperkecil
kecilkannya, dia menganggap bahawa itu semua sihir semata.
Dia lupa akan kebesaran Allah yang telah memberikan mukjizat
itu.

Berkata Firaun kepada para bangsawannya:
Kedua tukang sihir itu (Musa dan Harun), rupanya ingin
mengalahkan kita dengan sihirnya, ingin mengeluarkan kita dari
negeri ini dengan kekuatan sihirnya. Bagaimanakah pandangan
kamu sekalian tentang hal ini?

Semua bangsawan dan pembesarnya itu menjawab:
Kedua orang itu perlu kita kalahkan, dengan mendatangkan
semua ahli ahli sihir bangsa kita yang telah masyhur
kepandaiannva itu, untuk mengalahkan Musa, bahkan untuk
melenyapkan kedua mereka itu dari permukaan bumi ini.
Sebagaimana kita ketahui, bahawa Mesir di masa Firaun itu
masyhur sekali dengan ilmu sihirnya. Keahlian tukang sihir Mesir
ketika itu telah dapat mengalahkan semua tukang tukang sihir
yang bagaimanapun juga pintarnya di atas dunia ini. Dan atas
kehebatan ilmu sihir para pengikutnya itulah, maka Firaun dapat
berkuasa dan menjadi raja besar.

Fikiran para bangsawan dan pembesar itu masuk pula di akal
Firaun. Semua tukang sihir diperintahkan datang berkumpul,
dari seluruh pelusok Mesir, baik dari desa mahupun dari kotanya.
Lalu Firaun berkata kepada Musa:

Apakah engkau sengaja datang ke mari untuk mengusir kami
dari negeri kami dengan kekuatan sihirmu itu, hai Musa?
Ditegaskannya oleh Firaun, bahawa Musa tidak akan dapat
berbuat lebih dari itu, kerana rakyat Firaun sudah termasyhur
ahli tentang ilmu sihirnya. Musa diperintahkannya untuk
berhadapan dengan tukang tukang sihir yang sudah
dikumpulkannya itu guna mengadukan kepintaran. Musa
menurut agar pertandingan kepintaran itu diadakan di hadapan
rakyat banyak, agar orang banyak dapat mengetahui, siapa yang
benar dan siapa pula yang tidak benar dan palsu dalam hal ini.
Dalam pada itu Firaun dengan segala daya upayanya, memilih di
antara tukang tukang sihir yang berpuluh puluh ribu itu,
beberapa ribu saja yang benar benar pintar dan telah terbukti
kepintaran mereka. Untuk dihadapkan kepada Musa untuk
mengalahkannya, bahkan kalau dapat untuk melenyapkan Musa
sekali.

Kepada masing masing tukang sihir itu dijanjikan oleh Firaun
akan pangkat yang tinggi dan harta sebanyak banyaknya, bila
tukang tukang sihir itu berjaya mengalahkan Musa dalam hal ini.
Hari yang telah ditetapkan itupun datanglah. Baik Firaun dan
para bangsawannya, mahupun semua tukang sihir yang ribuan
jumlahnya itu sama sama berkumpul di tanah lapang yang luas,
dimana hampir seluruh rakyat pun turut menjadi penonton.
Nabi Musa dan Harun berdua saja, tampil ke tengah tengah
lapangan pertandingan.

Di tempat itu berkatalah Musa kepada sekalian tukang sihir:
Celaka besar bagi orang yang berbuat dusta tentang Allah. Kamu
sekalian sudah mendustakannya, kamu kira mukjizat ini sebagai
sihir, kamu persamakan saja antara sihir dengan mukjizat,
antara yang batil dengan yang hak. Barangsiapa yang mencuba
memalsukan yang hak dan membenarkan yang palsu, maka
orang itu akan kalah dan rugi semata mata.

Seruan dan kata kata Musa yang singkat itu, rupanya lancar
sekali masuknya ke dalam telinga tiap tiap tukang sihir itu. Dan
kata kata ini akan memberi saluran yang baik sekali dalam
fikiran mereka untuk mencari jalan yang benar, di antara dua
keadaan yang saling bertentangan, yang sedang mereka hadapi
sekarang ini.

Tiba tiba semua tukang sihir yang puluhan ribu jumlahnya itu,
dipanggil oleh Firaun untuk berkumpul dan berbaris dengan
gagah, sedang di masing masing tangan mereka tergenggam
seutas tali dan sebuah tongkat. Hal itu sengaja dikerjakan oleh
Firaun, untuk memperlihatkan kekuasaannya kepada Musa dan
Harun, agar Musa dan Harun takut dan orang banyak
bersemangat.

Dengan demikian, orang banyak rata rata sekarang ini percaya
akan kemenangan tukang tukang sihir yang banyak itu, yakin
bahawa Musa dan Harun akan dapat dikalahkan dan dibinasakan
di tengah tengah pertandingan itu.

Firaun segera memerintahkan untuk mulai pertandingan. Lalu
berkata tukang tukang sihir itu kepada Musa: Apa kamu akan
memulai mempertunjukkan kehebatanmu, ataukah kami yang
akan memulainya?

Musa dan Harun sedikitpun tidak gentar akan semua
pertunjukan kekuasaan Firaun itu. Dengan tak khuatir
sedikitpun, tukang tukang sihir itu dipersilakan memulai akan
kehebatan sihirnya. Dengan memperlindungkan diri kepada
Allah, serta berdoa akan pertolongan Allah, Musa mempersilakan
tukang tukang sihir itu melepaskan tali dan tongkat tongkat
mereka.

Dengan serentak, mereka melepaskan tali dan tongkat dari
tangannya masing masing. Di hadapan Musa dan Harun tiba tiba
merayaplah beribu ribu ekor ular kecil, yang kesemuanya
menuju ke arah Musa dan Harun, untuk membinasakan mereka
berdua.

Jelas terdengar oleh Musa akan wahyu Allah ketika itu:
Jangan takut, hai Musa, engkaulah yang lebih unggul.
Musa segera melepaskan tongkatnya, seketika itujuga menjelma
menjadi seekor ular yang luarbiasa besarnya. Semua ular yang
kecil kecil itu segera ditelannya sampai habis, dalam waktu
sekejap mata saja. Melihat kejadian itu semua tukang tukang
sihir merasa takjub dan tercengang. Tampaklah oleh mata
kepalanya sendiri, bagaimana kebenaran dapat melenyapkan
kepalsuan, begitu pula yang hak dapat menyapu bersih akan
kesesatan. Sekalian tukang sihir itu, dengan serentak tunduk
dan bersujud di hadapan Musa dan Harun, kerana mereka
menginsafi akan kesesatan perbuatannya serta ilmunya, mereka
bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, atas segala dosa
yang telah mereka lakukan selama ini. Menggetarlah tubuh
Firaun menahan kemarahan, setelah ia melihat kejadian itu.
Terasa olehnya mahkota yang berada di kepalanya bergerak
mahu roboh, kekuasaannya yang diharapkan-nya akan
bertambah kuat, tetapi ternyata malah semakin merosot.
Kejadian yang dilihatnya itu, dirasakannya seolah olah angin
taufan yang paling dahsyat, yang mungkin akan dapat
menumbangkan kerajaan yang didirikannya di atas segala
kepalsuan dan kebodohannya.

Kerana banyaknya orang orang yang sama tunduk dan beriman
kepada Musa dan Harun, lalu Firaun mengeluarkan undang
undang darurat yang mengancam kepada siapa yang keluar dari
ketaatan terhadap dirinya. Berbagai-bagai hukuman
dicantumkan dalam undang undang yang baru itu, ada hukuman
potong tangan, potong kaki, hukum gantung, salib dan
sebagainya.

Kalau rasa keimanan telah meresap ke dalam jiwa seseorang
manusia, walaupun dengan kekuatan senjata apa saja, keimanan
itu tidak akan dapat dicabut keluar, Tidak ada sebuah kekuasaan
yang bagaimana juga besar dan perkasanya yang sanggup
mem-belokkan hati orang yang beriman itu, sekalipun dengan
ancaman ancaman yang bagaimana juga hebat dan beratnya,
Mereka yang telah beriman itu hanya berkata: Kami beriman
kepada Tuhan, agar diampuniNya segala kesalahan dan dosa
dosa kami, yang telah kamu paksakan terhadap kami untuk
mengerjakan serta mempelajari sihir. Allah lebih baik dan lebih
kekal.

BANI ISRAEL SESAT DAN ENGKAR LAGI

Di zaman itu sungguh tidak ada satu bangsa di dunia ini yang
paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntunan dari
Allah, selain bangsa Bani Israel itu. Bukan hanya nikmat yang
berupakan hasil bumi dan binatang ternakan serta kekayaan
alam saja, tetapi pula kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.
Lebih lebih lagi rahmat Tuhan yang telah melepaskan mereka
dari beberapa seksaan atas diri mereka, ketika mereka berada di
Mesir, di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan
dimerdekakan Tuhan dari kehinaan dan ketakutan di bawah
pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri,
kemudian dibetulkan Allah dan diampuni dosa mereka. Begitu
pula sewaktu mereka terkepung oleh tentera Firaun sampai
terdesak ke laut, maka dibentangkan Allah jalan raya di atas
lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di
hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup
aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan Tuhan
makanan dari langit, yang berupakan Manna dan Salwa, ketika
mereka sedang berada ditengah tengah padang pasir di mana
tidak ada makanan dan minuman. Kalau tidak demikian, sudah
pasti mereka akan mati kelaparan di tengah padang pasir yang
panas terik itu.

Lebih besar dan hebat lagi rahmat dan nikmat Tuhan kepada
Bani Israel, kerana Bangsa Israellah yang diangkat Tuhan
menjadi orang orang yang mulia, menjadi Nabi dan Rasul yang
besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan dari lembah
kebodohan, kesesatan dan kesengsaraan, menjadi bangsa yang
maju dan bangsa yang memimpin.

Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan
Tuhan kepada mereka, berulang kali pula mereka silih berganti
sesat dan menderhaka akan ajaran Allah. Sungguhpun begitu,
Allah masih memberikan juga ampunan kepada mereka, berkat
doa dari para Nabi dan Rasul mereka.

Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Tuhan terhadap
mereka, telah disediakan Allah sebuah negeri yang dinamakan
negeri suci, iaitu Syria yang sekarang ini. Di situlah mereka akan
hidup aman dan tenteram, serta bahagia, berkuasa dan tidak
dikuasai bangsa lain. Maka diperintahkan oleh Tuhan, agar
mereka di bawah pimpinan Musa segera memasuki negeri yang
sudah disediakan Allah, untuk tempat tinggal mereka. Ini adalah
suatu perintah Tuhan yang wajib ditaatinya bersama sama
dengan Nabi Musa dan Harun.

Perintah ini disampaikan Nabi Musa kepada mereka itu:
Masuklah kamu ke tanah suci Syria yang telah diwajibkan oleh
Allah atasmu. Janganlah kamu mundur ke belakang, kerana
merasa takut untuk melawan musuhmu yang sedang berkuasa di
negeri itu. Jika ternyata kamu mundur, sungguh kamu ini adalah
orang orang yang rugi.

Tetapi kerana mereka mengetahui bahawa di dalam negeri itu
berdiam orang orang yang kuat dan berani, maka untuk
menghindarkan dirinya dari pertempuran, sebab takut mati,
perintah Allah itu mereka tampik, serta mereka menjawab
kepada Musa:

Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri ini berdiam beberapa
orang yang gagah berani, Kami tidak akan berani memasukinya,
sebelum mereka yang gagah berani itu keluar dari sana. Jika
mereka sudah keluar dari sana, baru kami berani masuk ke
dalamnya.

Mendengar jawapan dan sanggahan mereka itu, Musa dan Harun
yang merasa takut akan ditariknya kembali nikmat dan rahmat
yang telah dijanjikan Tuhan itu, berkata kepada kaum yang
sudah mulai pandai menyanggah itu: Masukilah olehmu negeri
itu dari pintunya. Dengan jalan begitu, bila kamu masuk ke
dalamnya, kamu akan dapat mengalahkan mereka. Hendaklah
kamu menyerahkan dirimu kepada Allah, sekiranya kamu benar
benar orang yang beriman!

Mereka menjawab pula: Ya Musa, sekali kali kami tidak akan
memasuki negeri itu, sebelum mereka keluar. Sebab itu
hendaklah engkau saja yang masuk lebih dahulu ke dalam negeri
itu bersama Tuhanmu. Maka berperanglah engkau dan Tuhanmu
dengan mereka itu, kami duduk menanti di sini.

Rupanya sanggahan mereka itu sudah tidak dapat tawar
menawar lagi, walaupun bagaimana juga usaha Nabi Musa dan
Harun menganjurkan mereka, agar tunduk terhadap perintah
Tuhan untuk memasuki negeri itu. Mereka tetap menolaknya,
bahkan menyanggahnya dengan kata kata kekafiran lagi.
Akhirnya harapan Musa dan Harun mulai tipis, kerana Musa dan
Harun tidak akan menjalankan paksaan terhadap mereka, hanya
diserahkan kembali urusan ini kepada Tuhan, sambil berkata:
Ya Tuhanku, sesungguhnya saya tidak dapat memaksa mereka,
selain dapat memaksa diri saya sendiri bersama diri saudara
saya Nabi Harun. Sebab itu ceraikanlah antara kami berdua
dengan orang orang yang engkar dan fasik itu.

Dengan kejadian ini, maka turunlah firman Allah yang
menghukum mereka: Sesungguhnya tanah suci itu diharamkan
bagi mereka untuk memasukinya selama empat puluh tahun,
sedang mereka akan bergelandangan hidupnya di bumi ini
dengan kesesatan. Sebab itu (hai Musa) janganlah engkau
berdukacita terhadap orang orang yang fasik itu. Benar saja,
dalam empat puluh tahun lamanya, mereka tidak keruan tujuan
hidupnya di bumi ini, tidak menentu apa yang harus mereka
perbuat, tidak menentu pula makan dan minumnya. Dalam masa
empat puluh tahun itu, boleh dikatakan kesemuanya yang
menjadi biang keladi keingkaran dan kesesatan ini, begitu pula
pembesar pembesar turut musnah semuanya, kini tinggallah
anak anak dan keturunan mereka saja. Dari keturunan inilah
kemudian ada yang baik dan ada pula yang sesat.

Yang baik di antaranya, tetap mengikuti ajaran Nabi mereka dan
yang sesat, terus menerus terusir dari sebuah negeri ke negeri
lain. Pengusiran ini dialami mereka bukanlah selama empat
puluh tahun saja, tetapi sampai dalam abad kedua puluh ini
masih juga dialaminya.

QARUN
Qarun ini termasuk keluarga yang terdekat pula kepada Nabi
Musa a.s. Kepada Qarun ini, Allah telah memberikan harta
kekayaan yang banyak sekali, yang tidak ada tolok bandingnya
di seluruh dunia ini, sehingga kalau anak kunci gudang gudang
tempat menumpuk harta Qarun itu dikumpulkan semuanya,
maka tidak ada seorang pun yang bagaimana juga kuatnya,
yang dapat memikul anak anak kunci itu.

Kalau anak kunci gudangnya sudah sebegitu banyak dan
beratnya, dapatlah kita kirakan sendiri berapa banyak
gudangnya, berapa jumlah harta kekayaan yang ada padanya
dan yang dikuasai oleh Qarun itu.

Dengan harta yang banyak itu, bukan main senang dan
bahagianya hidup si Qarun itu. Rumahnya dibuat sebesar
besarnya dan sebagus bagusnya, pakaiannya dari yang paling
bagus dan mahal harganya. Banyak khadamnya yang bekerja
untuk melayani keperluannya, banyak pula budak yang
dibelinye, untuk dijadikan pelayan dan hiasan gadungnya.
Sungguh harta benda den kekayaan itu, sejak dahulu sudah
menjadi perhiasan hidup di dunia, yang menjadi pusat segala
kebahagiaan den kegirangan. Tetapi kerana harta dan kekayaan
yang banyak itu pulalah di antara orang yang dianugerahi harta
itu, menjadi manusia yang sombong dan jahat perangainya,
menjadi orang yang angkuh lagi bertambah aniaya, bukan
bertambah baik dan pengasihani.

Dengan harta yang banyak itu, dia bukan menolong
memperbaiki dan menolong nasib orang orang yang miskin,
tetapi malah memaksa dan mencelakakan mereka yang miskin
itu, memperbudak mereka serta memeras tenaganya, sampai
tinggal kulit pembalut tulang saja.

Demikian pulalah halnya si Qarun ini. Sudah dapat hidup senang
dengan hartanya, dia ingin mencelakakan orang yang tidak
berharta den hidup melarat. Dia merasa berkuasa dengan
kekuasaan yang tidak terbatas, kekuasaan yang
dipergunakannya untuk menekan den memeras, pula untuk
mencelaka serta merosakkan.

Tuhan memerintahkan kita untuk menuntut kekayaan dan
kesenangan yang ada di dunia ini, tetapi jangan sekali kali lupa
akan nasib kita di akhirat nanti. Tetapi Qarun hanya dunia saja
yang menjadi arah tujuan hidupnya, dia tidak mengenal Tuhan,
apalagi akan percaya dengan akhirat. Tuhan memerintahkan
agar jangan berbuat kerusakan di muka bumi ini, tetapi Qarun
segala kerjanya hanya untuk merusak semata.
Kepada Qarun pun dengan perantaraan Nabi Musa,

diperintahkan Allah untuk berbuat kebaikan, tetapi perintah ini
dijawab oleh Qarun dengan sombong sekali:
Saya peroleh harta benda ini, dengan tenaga den ilmu
pengetahuan saya sendiri. Qarun lupa, bahawa Allah telah
merusakkan tidak sedikit orang orang dan bangsa bangsa yang
kaya raya dan kuat serta barkuasa. Qarun acapkali keluar
memperlihatkan kesenangan hidup dan kekayaannya kepada
orang sekampungnya. Dengan perbuatan ini, banyak orang yang
bercita cita untuk menjadi kaya raya seperti dia pula: Alangkah
baiknya kalau saya beroleh kekayaan seperti yang diperoleh
Qarun itu, kata mereka.

Orang orang yang berilmu dan suci serta beriman kepada Allah
sama berkata: Pahala dari Allah lebih baik dari harta sebanyak
itu. Tetapi kata kata mereka ini tidak diacuhkan oleh orang
banyak, sedikit sekali orang yang dapat memahamkannya, iaitu
golongan orang orang yang beriman dan bersabar saja.
Qarun semakin giat menambah harta dan kekayaannya, semakin
jahat juga terhadap orang orang sekampungnya itu, semakin
sombong dan angkuhnya. Kerana sudah keterlaluan dan
menyolok mata akan kesombongan dan kejahatannya, maka
banyak orang orang yang beriman sama menasihatinya, agar dia
jangan terlalu gembira dan sombong dengan harta
kekayaannya: Kami bukan irihati melihat kekayaanmu dan tidak
pula melarangmu berbahagia, senang serta bergembira dengan
hartamu itu, tetapi kami hanya menasihatkan, agar carilah
olehmu jalan yang halal saja menambah hartamu itu dan
pakailah harta itu dengan baik. Bila dapat, tolonglah orang orang
yang melarat dan miskin dengan sebahagian saja dari hartamu
itu. Berbuat baiklah engkau terhadap mereka, sebagaimana
Allah telah berbuat baik terhadapmu. Dengan jalan begitu,
menolongnya dan tidak seorang pula dari orang orang
kampungnya yang ingin memberikan pertolongan kepadanya.
Dengan demikian tamatlah riwayat Qarun dan segala harta
kekayaannya yang melimpah ruah itu.

Melihat kejadian yang hebat itu, maka orang orang yang melarat
di kampung itu, sama menyesal atas keinginan dan doanya, agar
menjadi orang kaya saperti Qarun itu. Mereka sama berkata:
Kalau tidak kerana Allah, tentu kita ini sekaliannya akan musnah
ditelan bumi, saperti yang terjadi atas diri si Qarun itu.



KISAH NABI MUSA (2)

KISAH NABI MUSA (2) NABI MUSA LARI DARI MESIR

NABI MUSA LARI DARI MESIR

Musa makin lama makin besar juga. Tibalah masanya untuk
menyerahkan Musa kembali ke istana Firaun, agar dia hidup di
sana sebagai keluarga raja dan menjadi musuhnya. Setelah
Musa sampai umur, mulailah golongan yang lemah dan teraniaya
di Mesir mempunyai perhatian terhadap Nabi Musa. Mereka
berharap bahawa Musa akan dapat meringankan tanggungan
kesengsaraan mereka yang sedang dalam cengkeraman Firaun;
apalagi mereka mengetahui bahawa Musa adalah termasuk
golongan pendatang atau Bani Israel dan dia mempunyai budi
yang tinggi, serta mempunyai rasa kasih sayang terhadap
sesama manusia. Nabi Musa sendiri sudah menetapkan tekad
dalam batinnya akan menjadi pembela dari kaum yang lemah
itu.

Pada suatu hari, ketika dia kembali dari kota menuju istana, di
tengah jalan dia berjumpa dengan dua orang lelaki yang sedang
berkelahi. Seorang di antaranya adalah berbangsa Ibrani, iaitu
bangsa Bani Israel yang se bangsanya dengannya dan yang
seorang lagi berdarah Mesir atau Firaun.

Melihat perkelahian itu, terbit kemarahan hati Musa terhadap
bangsa Firaun (Mesir) itu. Orang tersebut dipukul hingga mati
seketika itu juga.

Alangkah menyesalnya Musa atas perbuatannya yang kurang
baik itu dan dia mengakui bahawa pekerjaan itu adalah
pekerjaan syaitan. Segera dia mohon ampun kepada Allah atas
kesalahannya itu. Kesalahannya pun diampuni oleh Allah, kerana
Allah Pengampun lagi Pengasih. Sejak waktu itu dia berjanji
tidak akan melakukan pekerjaan yang begitu kejam lagi, malah
dia menyiapkan dirinya untuk melindungi orang orang yang
teraniaya.

Musa berikhtiar agar tidak diketahui orang Mesir, bahawa dialah
sebenarnya yang membunuh lelaki itu. Dalam dia berjalan
dengan bersembunyi, tiba tiba dia bertemu lagi dengan orang
yang ditolongnya tempoh hari. Orang itu kembali minta tolong
kepada Musa untuk memukul musuhnya pula. Musa berkata
kepadanya: Sungguh engkau ini orang yang sesat dengan
terang. Tatkala Musa hendak menarik musuh orang itu,
musuhnya itu berkata kepadanya: Hai, Musa ! Apakah engkau
hendak membunuh saya pula, sebagaimana engkau telah
membunuh orang tempoh hari itu? Rupanya engkau hendak
menjadi orang ganas di muka bumi ini dan bukanlah engkau
hendak berbuat kebaikan.

Kata kata ini didengar oleh orang orang Mesir yang berada di
sekitar tempat itu. Kini tahulah orang ramai, bahawa Musalah
yang membunuh orang yang mati tempoh hari itu. Kemarahan
umat Mesir kepada Musa segera meluap. Mereka mencari Musa
untuk mereka tangkap dan akan dibunuh kalau dapat.
Untung sekali ada seorang lelaki yang datang dari hujung kota
sengaja memberi khabar kepada Musa: Hai, Musa ! Orang orang
besar (bangsawan) negeri ini telah bermuafakat untuk
membunuh engkau, sebab itu hendaklah engkau segera lari dari
sini, sesungguhnya saya ini cuma memberi nasihat kepadamu.

BERHADAPAN DENGAN FIRAUN
Firaun dengan para bangsawannya berkuasa besar atas lembah
Sungai Nil itu, memerintah bangsa Qibt (Mesir) dan bangsa
Israel yang tinggal di daerah itu. Kerana kekuasaannya yang
besar itu, pemerintahan Firaun itu makin lama makin kejam dan
sombong jua. Oleh kerana masing masing raja dan para
bangsawan itu mempunyai kekuasaan yang demikian besar,
akhirnya mereka menganggap bahawa dirinya adalah Tuhan,
yang harus disembah oleh rakyatnya, Yang mereka ketahui
hanyalah kekuasaan dan kebesarannya semata, sedikitpun
mereka tidak insaf dan tidak melihat atas kelemahan kelemahan
serta kebodohan diri mereka sendiri.

Selain dari itu, perlakuan mereka terhadap golongan Bani Israel
semakin kejam jua. Mereka dibebani dengan berbagai bagai
pajak dan kerja yang berat berat. Dengan sedikit kesalahan,
mereka diseksa dengan berbagai bagai seksaan dan azab.
Bangsa Israel dihimpit ditindas serta diperbodohkan, sehingga
menjadi bangsa yang tak mempunyai cita cita lagi.

Mereka berkecimpungan dalam berbagai bagai maksiat dan
kejahatan, melepaskan hawa nafsu dan syahwat kebinatangan
tanpa batas batas perikemanusiaan lagi terhadap sesama
manusia. Berpaling pandangan mereka dari apa yang baik,
tertolak arah mereka dari apa yang benar, sehingga lenyaplah
harga manusia kerananya.

Allah lalu memanggil Nabi Musa. Kepadanya diperintahkan untuk
mendatangi Firaun dan kaumnya, memberi pelajaran kepada
mereka, agar mereka menyembah Allah dan meninggalkan
segala maksiat dan kejahatan, agar mereka menurut garis lurus
yang sudah digariskan oleh Allah. Setelah Musa menerima
perintah Tuhan, ia menyiapkan dirinya untuk tugas yang
dipikulkan kepadanya itu, dengan hati yang patuh dan taat.
Tetapi dia ingin lebih yakin dan tenang lagi. Oleh kerana itu
Musa berdatang sembah kepada Tuhannya:

Tuhanku, saya sudah pernah membunuh salah seorang dari
bangsa Firaun itu dan kalau saya datang kembali ke tengah
tengah mereka, tentu saya akan dibunuhnya.

Tuhan menegaskan kepada Musa, bahawa Tuhan selalu bersama
dia. Dengan penegasan ini bertambah tenang juga jiwa Musa.
Tetapi dia ingin pekerjaannya ini lebih besar dan berhasil, agar
dia lebih tenang dan sabar dalam menjalankannya, Dari itu Musa
kembali mendoa kepada Tuhan, supaya dadanya dilapangkan
Allah, hingga dapat dan sanggup memikul beban yang besar dan
mulia itu, sanggup mengatasi berbagai bagai kesulitan dan
halangan.

Untuk menghadapi pekerjaan besar, serta kesulitan kesulitan
hebat yang bakal dihadapi, Musa memohon lagi kepada Tuhan,
agar diberikan seorang teman dan pula sebagai wazir bagi
dirinya, iaitu saudaranya sendiri yang bernama Harun.

Permohonan Musa inipun dikabulkan Allah, dengan
memerintahkan Harun yang ketika itu sedang berada di Mesir
untuk segera datang mendapatkan Musa, agar ia bekerjasama
dalam menghadapi tugas kewajipan yang telah dipikulkan itu.
Harun siap menjalankan apa yang diilhamkan Tuhan kepadanya.
Dengan segera ia berangkat mendapatkan Musa, iaitu
saudaranya sendiri di Tur Sina. sa telah bertemu, keduanya
sama sama berjanji akan bekerjasama, bantu membantu, tolong
menolong, untuk sama sama melepaskan bangsa Mesir yang
sudah sesat dipengaruhi rajanya yang sombong itu.

Tuhan lalu memerintahkan kepada kedua Nabi ini: Berangkatlah
kamu berdua sekarang juga kepada Firaun. Berkatalah kepada
Firaun dengan kata kata yang halus lunak, mudah mudahan
seruan kamu ini dapat di terimanya, hatinya yang keras menjadi
lunak, kerananya.

Apalagi kalau diingat, bahawa Musa itu boleh dikatakan anak
angkat Firaun, sudah sepatutnyalah kalau kepadanya berkata
kata dengan lemah lembut. Tuhan perintahkan pula kepada
Musa dan Harun, untuk menyatakan kepada Firaun tentang
kenabian dan kerasulan mereka berdua dan Tuhan menyuruh,
agar Musa bersama Harun berikhtiar membebaskan semua orang
Bani Israel dari azab dan seksaan yang sudah sekian lamanya
itu.

Nabi Musa dan Nabi Harun segera menuju ke Mesir, lalu
bertemulah dengan Firaun. Firaun mengecilkan kedatangan ini,
tidak di acuhkan dan tidak diambil peduli apa saja yang
disampaikan kedua Nabi itu kepadanya. Engkau, Musa !
Bukankah kami yang mendidik dan mengasuhmu semasa kamu
masih bayi dan engkau tinggal bersama kami bertahun tahun
dari umurmu? demikian kata Firaun kepada Musa.

Apakah pemeliharaanmu terhadap diriku itu sebagai tanda
kebaikanmu? Bukankah itu kerana kejahatanmu terhadap anak
anak bayi bangsa Israel? jawab Musa.

Begitulah pekerjaanmu, hai Musa, engkau sudah tidak
menghargakan lagi akan kebaikan kami kepadamu, kata Firaun
pula.

Aku tak mahu tersesat, dan kerana keganasanmulah aku lari dari
rumahmu, akhirnya aku mendapat rahmat dan nikmat Allah.
Allah telah memberiku ilmu dan hikmat, diangkatNya aku
menjadi RasulNya, jawab Musa kepada Firaun.
Mendengar itu, merah padam muka Firaun, kerana kemarahan,
lalu ia bertanya kepada Musa:

Siapakah Tuhan seluruh alam itu?
Tuhan seluruh alam ini bukan kamu, tetapi Allah. Tuhanku yang
menjadikan langit dan bumi dan segala yang ada di antara
keduanya, jawab Musa.

Timbullah kemarahan besar dari hati Firaun, sambil berkata
kepada kaumnya: Sudahkah kamu dengan apa yang dikatakan
Musa, sudahkah kamu tahu, siapa Tuhannya Musa?
Kembali Musa berkata kepada mereka: Tuhanku, Tuhan kamu
dan Tuhan nenek moyangmu sejak dahulu kala, ialah Allah,
Tuhan barat timur dan antara keduanya. Mudah mudahan kamu
dapat mempergunakan akalmu.

Kemarahan Firaun tidak dapat ditahan tahannya lagi, kerana dia
tidak dapat mengalahkan Musa dengan kata kata maka
diambilnya jalan lain, ialah dengan cara mempergunakan
kekuatan yang ada padanya, Musa akan dipenjarakannya: Kalau
engkau menyembah Tuhan selain aku sendiri, engkau pasti
kupenjarakan ! kata Firaun dengan amat marahnya.
Dengan tenang Musa berkata kepada Firaun: Kalau engkau
masih belum percaya akan apa yang aku kemukakan, apakah
perlu aku menunjukkan bukti yang nyata, mukjizat yang hebat
agar hilang keraguanmu dan kebimbangan hatimu?
Aku tidak akan percaya sebelum melihat bukti yang nyata, dari
itu kemukakanlah buktimu yang nyata itu, kalau engkau betul
betul orang yang dapat dipercayai, kata Firaun.

JANJI-JANJI NABI MUSA

Musa dan para pengikutnya mengambil tempat di salah satu
bahagian dari tanah baru yang ditemuinya itu. Kiranya adalah
termasuk daerah Tur Sina, di hujung utara Laut Merah. Untuk
kaum pengikutnya yang banyak itu, Musa menginginkan
peraturan hidup yang tertentu, yang harus dijalankan agar
jangan terjadi kekacauan mengenai moral atau kebendaan.
Sebab itu Musa memohon kepada Tuhan, agar kepadanya
diturunkan sebuah Kitab, dengan Kitab mana Musa dapat
memberikan petunjuk dan pedoman bagi pengikutnya.

Untuk mengabulkan permohonan Nabi Musa ini, Allah
memerintahkan kepada Musa, agar menyucikan diri lebih dahulu
dengan cara berpuasa tiga puluh hari lamanya. Sehabis
menjalankan puasa itu, Musa diperintahkan Allah untuk datang
ke Tur Sina, di mana Musa akan mendapat kesempatan untuk
bercakap cakap dengan Allah, pula Tuhan akan
menganugerahkan sebuah Kitab, di mana terdapat banyak
petunjuk dan peraturan hidup yang dihajatkan Musa itu. Untuk
pergi ke Tur Sina, Musa memilih tujuh puluh orang di antara
kaumnya, untuk lebih dahulu pergi ke Tur Sina itu, Musa akan
berangkat ke sana, sesudah yang tujuh puluh orang itu
berangkat.

Sesudah tiga puluh hari lamanya berjalan, akhirnya sampailah
Musa di Tur Sina. Tetapi ternyata kaumnya yang berjumlah tujuh
puluh orang itu belum juga sampai di sana, lalu diutusnya
seorang utusan untuk menyelidiki apakah yang terjadi atas
kelambatan kaumnya itu, dengan pesan agar mereka segera
datang di Tur Sina.

Akhirnya Musa mempunyai pendapat, bahawa lebih baik dia
lekas sampai di Tur Sina menemui Tuhannya, dengan
berpendapat bahawa kedatangannya yang lebih cepat dari waktu
yang ditetapkan itu, lebih menyenangkan bagi Allah. Tetapi
kemudian Tuhan memerintahkan kepadanya, agar Musa
menunggu sampai bilangan empat puluh hari sejak waktu ia
berangkat.

Setelah sampai pada waktu yang ditentukan itu, lalu Musa
berangkat seorang diri menemui Tuhannya di Tur Sina (di
puncak gunung Sinai). Segala urusan kaumnya yang
ditinggalkan itu, oleh Musa diserahkan kepada Nabi Harun
sebagai wakil atau wazirnya, iaitu untuk mengatur dan
mengamati mereka, sampai kembalinya Musa yang akan
membawa amanat Tuhan Yang Maha Tinggi.

Di puncak gunung Sinai, Musa telah bercakap cakap dengan
Tuhannya, suatu kejadian yang belum pernah dialami oleh
seorang manusia, selain oleh Nabi Musa sendiri. Dalam
percakapan itu Allah menjelaskan hakikat ilmu agama kepada
Musa, begitu pula mengenai pedoman dan petunjuk, aturan dan
hukum yang tidak boleh dilanggar.

Sehabis percakapan itu, Musa memohon pula kepada Tuhan agar
kepadanya diberikan kesempatan untuk dapat melihat sendiri
akan rupa Allah, kerana selain keinginan dia sendiri, hal yang
demikian itu telah pernah diminta oleh kaumnya, agar mereka
diberikan kesempatan untuk dapat melihat Allah.

Permintaannya itu dijawab oleh Tuhan: Engkau tidak dapat
melihatku. Tetapi menolehlah engkau ke gunung itu. Bila gunung
itu masih tetap di situ, maka engkau akan dapat melihat Aku.
Baru saja Musa menoleh ke arah gunung yang dimaksudkan itu,
tiba tiba gunung tersebut bergerak gerak, lalu tenggelam masuk
ke perut bumi. Melihat pemandangan yang luar biasa itu,
gementarlah tubuh Musa, ia tertunduk dan bersimpuh sujud
menyembah Tuhannya.

Dengan rahmat Allah, Musa dipeliharakan dari keadaan yang luar
biasa itu, hatinya ditenangkan kembali, lalu Musa berdiri dan
mengucapkan tasbih, menyucikan dan membesarkan Tuhan
Yang Maha Besar dan Maha Tinggi.

Setelah menerima Kitab yang berisikan segala sesuatu yang
diperlukan oleh Bani Israel, yang berisi pelajaran dan ketegasan
dari tiap tiap segala sesuatu, lalu Musa berkata: Ya Tuhan,
sungguh aku telah Engkau beri kemuliaan yang belum pernah
Engkau berikan kepada orang lain, selain terhadapku.

Tuhan berfirman kepada Musa: Hai Musa, Aku telah memilihmu
menjadi pembawa risalahKu dan perkataanKu untuk manusia.
Maka ambillah apa yang telah Aku berikan ini dan
berterimakasihlah engkau kepadaKu !

Bani Israel telah menunggu nunggu akan kedatangan Musa lebih
kurang tiga puluh hari lamanya sejak pemergiannya. Menurut
perjanjian Musa, sesudah tiga puluh hari itu, Musa sudah pasti
berada kembali di tengah tengah mereka. Akan tetapi tiga puluh
hari sudah berlangsung, namun Musa belum juga datang, kerana
Musa diperintahkan Tuhan menunggu sampai empat puluh hari,
sebagai diterangkan di atas tadi.

Kerananya, maka timbullah berbagai pendapat dan sangkaan di
antara Bani Israel yang ditinggalkannya itu. Ada yang menuduh,
bahawa Musa telah memungkiri janjinya. Musa telah
meninggalkan mereka dan pergi sendirian buat selama lamanya,
di tengah malam yang gelap, di tempat yang tidak dikenali.
Mereka mulai mencari orang yang akan dapat di jadikan
pemimpin mereka yang baru, yang akan menunjuki agar hidup
mereka jangan tersesat.

Ketika itu, melihat keadaan Bani Israel yang demikian rupa,
timbullah kemahuan buruk dalam jiwa seorang pengikut, yang
bernama Samiri. Kesempatan itu dipergunakan untuk
menyesatkan Bani Israel yang sedang dalam kegelisahan itu.
Berkatalah dia kepada mereka:

Musa tidak akan kembali lagi kepada kita, dia sudah pergi untuk
kepentingan dirinya sendiri, dia telah melanggar janjinya kepada
kita, lebih baik kamu mencari Tuhanmu sendiri.
Kebodohan dan kesesatan Bani lsrael itu, dipergunakan olah
Samiri untuk menyesatkan dan lebih memperbodohkan mereka
lagi. Samiri menyalakan api, membentuk sebuah patung
merupakan anak sapi jantan, tetapi dapat bersuara kerana
sihirnya.

Patung yang dibuat Samiri ini dengan segera menjadi fitnah
besar di kalangan mereka. Patung itu disembah mereka, dan
itulah tuhan, kata mereka atas anjuran dari Samiri pula. Harun
berusaha keras untuk mengembalikan mereka dari kesesatan
yang nyata itu dengan bersusah payah, serta bersedih hati dan
cemas. Berkata Harun kepada mereka: Hai kaumku, engkau
telah difitnah dengan adanya patung itu. Tuhanmu yang
sebenarnya adalah al-Rahman, ikutlah akan kataku dan taatilah
perintahku.

Kata kata Harun ini mereka jawab: Kami tidak akan berhenti
menyembahnya, sampai datangnya Musa kembali kepada kami.
Harun berusaha keras menenangkan suasana yang mulai kacau,
lebih lebih lagi terhadap orang yang belum tersesat, yang masih
tetap berpegang kepada ajaran yang benar, agar mereka jangan
tersesat pula. Harun mulai khuatir, kalau kalau timbul kekacauan
dan pertempuran antara yang tersesat dengan yang taat.

Kepada Musa yang masih bertekun di hadapan Tuhannya, segera
diwahyukan Tuhan kepadanya, tentang keadaan yang telah
terjadi di kalangan kaum yang ditinggalkannya itu.
Diberitahukan pula oleh Tuhan, bahawa kaumnya yang
ditinggalkannya hanya selama empat puluh hari itu, sudah dapat
disesatkan olah seorang yang bernama Samiri.

Sesudah selesai pertekunan Musa di hadapan Tuhannya, dia
segera kembali mendapatkan kaumnya, Mereka yang tersesat
itu, didapati Musa. sedang menari nari di keliling patung yang
mereka sembah itu, dengan suaranya yang hiruk pikuk, tanda
bergembira mempunyai tuhan yang baru.

Hati Musa mulai marah, mukanya merah padam, terus menuju
menemui Harun. Dipegangnya kepala dan janggut Harun, lalu
ditariknya kepadanya dan berkata: Kenapa engkau biarkan saja
mereka sesat begini rupa, mengapa tidak engkau jalankan apa
yang sudah kuperintahkan, tidak engkau padamkan api yang
sedang menyala yang menimbulkan kejahatan dan kekafiran itu?
Dengan mengeluh dan penyesalannya, Harun berusaha
menenangkan hati Musa, agar kembali lunak serta menaruh
kasihan terhadapnya dengan berkata:

Hai anak ibuku sendiri, janganlah engkau menarik kepala dan
janggutku dahulu, mereka begitu banyak sedangkan aku
seorang diri; hampir saja aku dibunuh olah mereka. Janganlah
engkau bertindak terhadapku sebagai tindakanmu terhadap
kaum yang sesat itu. Saya takut mengambil tindakan kekerasan
terhadap mereka, kalau mereka sudah tidak menghiraukan kata
kataku lagi dan pula saya takut kalau kalau akan menimbulkan
perpecahan yang sangat buruk.

Mendengar itu, kemarahan Musa mulai berkurang, mulailah ia
berkata kata dengan tenang, segera dihampirinya pengkhianat
yang telah menyebarkan fitnah besar itu, lalu berkata: Apakah
maksudmu dengan cara ini, ya Samiri?

Maka menjawablah. Samiri: Saya mendapat akal yang tidak
diperoleh mereka. Aku ambil se kepal tanah bekas jejak Rasul,
lalu aku tiup dengan kepandaian sihirku, kerana demikianlah
yang disenangi oleh nafsuku.

Kepada orang banyak yang sesat itu, lalu Musa berkata:
Apakah kamu menyalahi janjimu itu?

Mereka segera menjawab: Kami menyalahi janji itu bukan
kehendak kami sendiri, tetapi kami sengaja disesatkan oleh
Samiri yang telah membuat patung berupakan sapi kecil dan
pandai bersuara, maka itulah kami tersesat dari jalan yang
benar.

Akhirnya mereka menyesali akan kesesatannya dan meminta
agar kepada mereka itu diberikan keampunan dengan berkata:
Kalau kiranya Tuhan tidak mengasihi kami dan tidak memberi
keampunan kepada kami, sungguh kamilah orang yang rugi.
Berkata pula Musa: Tetapi kamu sendiri telah berbuat kesalahan,
dengan menjadikan patung itu sebagai tuhanmu !
Segera mereka menjawab: Apakah daya kami sekarang ini,
wahai Musa?

Bertaubatlah kamu kepada Tuhanmu, jawab Musa.
Tetapi dengan cara bagaimanakah taubat yang dikehendaki Allah
itu? tanya mereka pula.

Musa lalu menanyakan kepada Tuhan, bagaimanakah caranya
mereka harus bertaubat. Setelah didapatinya wahyu Tuhan, lalu
Musa berkata kepada mereka: Kamu bertaubat kepada Tuhan,
dengan cara membunuh dirimu sendiri, pasti Tuhan akan
memberi taubat kepadamu, kerana Tuhan itu adalah Pemberi
taubat lagi Pengasih.

Mereka yang telah tersesat itupun tunduk kepada ajaran Nabi
Musa, segera mereka bertaubat dan membunuh dirinya masing
masing dan Tuhan pun memberi ampun atas pertaubatan
mereka itu. Tetapi Samiri sendiri tidak mahu menjalankan taubat
yang telah diperintahkan Tuhan itu. Dia tetap hidup, namun tak
seorang juga manusia yang diperbolehkan bergaul dengan dia
selama hidupnya itu. Umurnya dipanjangkan Tuhan, dengan
maksud untuk memberikan seksa kepadanya di dunia ini.
Akhirnya dia tetap akan mati, kemudian dia akan diseksa oleh
Allah pula di akhirat dengan seksaan yang lebih berat lagi.
Patung yang berupakan sapi kecil itu, dibakar oleh Musa dan
dilemparkan ke dalam laut, Dengan ini berakhirlah kesesatan
dan kekacauan yang ditimbulkannya itu.

NABI MUSA MENJADI MENANTU
Tinggallah Musa di rumah orang tua itu dengan perasaan yang
lega dan tenang. Begitu pula bagi orang tua serta anak-anak-nya
itu. Cahaya keimanan sama sama berkilauan di hati Musa dan
orang tua itu, demikian pula perasaan keikhlasan dan ramah
tamah. Pergaulan mereka semakin rapat dan mendalam juga.
Kemudian sifat dan tabiat pemuda Musa berpengaruh besar ke
hati orang tua itu dan terhadap anak anaknya pula, sehingga
kedudukan Musa dalam pergaulan rumah tangga itu semakin
tinggi dan mulia. Terlebih berpengaruh lagi terhadap kalbu anak
perempuannya. Sifat yang ramah tamah, kekuatan badan dan
kesucian hatinya, semakin mendalam masuk dalam rasa hormat
dari anak perempuan itu. Perasaan hormatnya ini disampaikannya
kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku,
pekerjakanlah anak muda itu pada kita, karena bukankah sebaik
baik orang yang akan dipekerjakan itu, ialah orang yang kuat
dan berhati tulus ikhlas? Dan bukankah anak muda itu telah
banyak menolong kita, serta dapat mengangkat tutup sumur
yang begitu berat seorang diri? Bukankah dia berhati bersih dan
suci sekali, sehingga ketika kita mengundang-nya, dia hanya
menganggukkan kepalanya? Begitu pula ketika kami berjalan
berdua, dia berjalan di muka untuk menjaga kehormatan
perempuan yang mengiringkannya.

Tiap patah kata yang keluar dari mulut anak perempuannya itu,
didengarkan oleh orang tua itu seolah olah acuh tak acuh, tetapi
sebenarnya diperhatikannya dengan sungguh sungguh, kerana
perasaan yang demikian itu lebih dahulu sudah tumbuh serta
berurat dalam kalbunya sendiri, sebelum anaknya berkata. Kini
dia mengerti sedalam-dalamnya, mengapa anaknya berkata
demikian, memecahkan pendiamnya selama ini?

Pada suatu pagi, di kala sang surya mulai bersinar, udara penuh
dengan cuaca terang dan angin sepoi sepoi, duduklah orang tua
itu seorang diri di tempat yang sudah disediakan. Musa
dipanggilnya, lalu berkata: Hai Musa, saya mempunyai cita cita
akan mengahwinkan engkau dengan salah seorang anakku,
dengan harapan engkau dapat menjadi teman hidupnya serta
dapat menolongku.

Bekerjalah engkau di sini mengembala kambing lapan tahun
lamanya, sebagai maskawin bagi perkahwinanmu. Tetapi kalau
engkau suka menambah, tambahlah dua tahun lagi, jadi sepuluh
tahun lamanya, itupun terserah kepada kesanggupanmu, saya
sendiri tidak akan memberatkan dirimu dan engkau akan
mengetahui nanti, bahawa aku adalah orang baik baik, insya
Allah.

Mendengar perkataan orang tua itu, terbentanglah di
hadapannya jalan ke arah bahagia yang dicita-citakannya selama
ini terasa dalam hatinya, bahawa doanya kepada Tuhan ketika
dia termenung melepaskan lelahnya tempohari itu, telah
dikabulkan Tuhan. Dengan tak terasa, lidahnya bergerak
menjawab perkataan Syuaib, bakal mertuanya itu: Saya terima
segala anjuran bapak. Perjanjian antara saya dengan bapa,
apabila saya turut yang manapun salah satu antara kedua
perjanjian itu (8 tahun atau 10 tahun), kiranya saya tidak
bersalah. Allah menjadi saksi atas perjanjian kita ini.

Dengan perkahwinan ini, Musa hidup bahagia sekali dalam
perasaannya, karena mendapat isteri yang cantik serta mertua
yang baik. Keadaan rumahtangganya cukup dan pekerjaannya
pun baik. Dia bekerja dengan sebaik-baiknya dalam mengurus
urusan orang tua itu, untuk memenuhi janji yang telah
ditetapkan.

Menjelang sampai di batas waktu yang telah .ditetapkan,
keinginan Musa untuk kembali ke tanah airnya mulai timbul,
sekalipun dia berbahagia dan senang di negeri orang; namun
ingatan ke kampung halaman sendiri pasti timbul jua. Pernah
disebut orang dalam pepatah: Setinggi tinggi terbang bangau
akhirnya kembali ke belakang kerbau hinggapnya.
Waktu yang ditetapkan dalam perjanjian itupun sampailah. Dia
bebas sekarang untuk memilih, akan menetap di situ atau
pulang kembali ke negerinya. Niatnya untuk kembali ke
kampungnya bersama isterinya sudah tetap dan tidak dapat
digagalkan lagi.

Dia mulai bersiap siap menyediakan bekal dan membungkusi
harta bendanya, untuk segera berangkat ke Mesir bersama
isterinya. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada
mertuanya yang sudah tua, serta mendoakan agar yang
ditinggal selamat, begitu pula yang pergi jangan sampai kurang
suatu apa. Kedua suami isteri yang bahagia itupun bertolaklah
menuju ke utara, meninggalkan negeri Madyan. Setelah semakin
lamanya berjalan menempuh padang pasir yang luas, akhirnya
Musa dan isterinya tiba di Tur Sina (Gunung Sinai). Selain penat
dan lelah, kedua musafir suami isteri itu kini kehilangan jalan,
mereka merasa ragu, arah manakah yang harus ditempuhnya
untuk meneruskan penjalanan ke Mesir.

Dalam keragu-raguan itu malam pun datang, satu malam yang
sangat bersih, dengan bintang bintang yang gemerlapan di
langit. Bertambah ragulah kedua musafir itu tentang jalan yang
harus ditempuhnya. Tiba tiba, jauh di sana, di sebelah kanan
jurang yang dalam, Musa melihat ada api berkelip kelip. Musa
ingin mendekati api yang tampak itu seraya berkata kepada
isterinya:

Tinggallah engkau sendirian di sini sementara, saya ingin
melihat, api apa yang tampak itu. Segera saya akan kembali ke
sini membawa khabar, sambil membawa api yang tampak itu,
mudah mudahan dapat kita jadikan diang untuk memanaskan
badan.

Musa berjalan menuju tempat itu, melampaui jurang yang
dalam. Dia akhirnya tiba di bawah se batang pokok zaitun yang
rendang dekat kepada api yang kelihatan dari jauh tadi. Pokok
inilah dalam sejarah yang dimasyhurkan, dengan nama Syajar
Musa. Tiba tiba dengan terang Musa mendengar suara: Hai
Musa, Aku inilah Allah Tuhanmu. Maka itu tanggalkanlah kedua
kasutmu, karena sesungguhnya engkau berada di lembah suci
Tuwan. Dan Aku memilih engkau menjadi UtusanKu, sebab itu
dengarlah baik-baik apa apa yang akan diwahyukan kepadamu:
Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Sebab
itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk
mengingatkan Aku. Sesungguhnya kiamat itu pasti datang,
hampir Aku sembunyikan rahsia, agar tiap manusia akan dibalas
apa saja yang pernah dilakukannya. Janganlah engkau dapat
dipalingkan dari kepercayaan ini oleh orang yang tidak percaya,
yang hanya memperturutkan hawa nafsunya, agar engkau
jangan sampai celaka kerananya.

Inilah wahyu pertama dari Tuhan yang diterima Musa sebagai
putusan, bahawa dia telah diangkat menjadi Rasul, pangkat yang
sesuai dengan kebesaran jiwa, kesucian hati dan kesabarannya.
Apakah yang engkau pegang di tangan kananmu itu, hai Musa?
bunyi suara itu selanjutnya.

Musa mulai menjawab akan suara wahyu itu: Ini adalah
tongkatku, tempat saya bertekan dan pula saya pergunakan
untuk menghalau kambing gembalaku dan lain lain keperluan.
Kemudian Tuhan memerintahkan kepada Musa untuk
melemparkan tongkat itu. Baru saja tongkat itu dilemparkan
oleh Musa ke tanah, tiba tiba tongkat itu menjadi ular yang
tampaknya kecil saja, tetapi lama kelamaan semakin besar juga,
akhirnya menjadi sangat besar, sehingga tampaknya dapat
berbahaya terhadap apa dan siapa saja.

Melihat ular sebesar itu, Nabi Musa mulai ngeri dan takut,
sehingga ia lari sekuat kuatnya. Tuhan lalu berfirman
kepadanya: Jangan takut wahai Musa, sesungguhnya orang yang
telah diutus itu tidak boleh takut takut. Peganglah kembali pasti
dia kembali sebagai semula menjadi tongkatmu.
Mendengar firman Allah itu, baru Musa sedar, bahawa
kepadanya selain telah diberikan keterangan dan kenyataan-
kenyataan, pula diberikan kekuatan mukjizat yang maha hebat,
yang terletak pada tongkatnya itu. Jiwanya mulai tenang dan
perasaannya menjadi lega. Insaf benar dia sekarang, bahawa ia
telah menjadi Nabi dan Rasul Allah. Dia mengucapkan syukur ke
hadrat Allah, atas segala pemberian yang sangat berharga itu.
Kembali Tuhan berfirman kepada Musa: Kepitlah tanganmu ke
dalam ketiakmu, ya Musa, nescaya tanganmu itu akan menjadi
putih bersih yang berkilat kilat, tetapi bukan karena penyakit.
Pangkulah kedua tanganmu itu, bila engkau dalam ketakutan.
Inilah dua keterangan (mukjizat) dari Tuhanmu (iaitu tongkat
menjadi ular, tangan menjadi putih berkilat kilat), untuk menjadi
senjata bagimu. Sekarang berangkatlah kamu, hadapilah Firaun
serta kaumnya para bangsawan, sungguh mereka itu kaum
perosak.

Kedua mukjizat yang luar biasa ini telah dapat menetapkan hati
Musa untuk menjalankan semua perintah yang diberikan Tuhan
terhadap manusia dan untuk menghadapi keingkaran Firaun
serta kaumnya, sehingga kekerasan Firaun akan dapat
dihadapinya dengan kekerasan pula.

BANI ISRAEL MENINGGALKAN MESIR

Bani Israel yang selama ini hidup dalam seksaan dan
penghinaan, mulai terbuka kedua mata mereka, mulai tahu
membezakan yang sesat dari yang benar. Mereka mulai percaya
akan Rasul Allah Musa yang datang membawa petunjuk kepada
mereka.

Mereka mulai meninggalkan taat terhadap Firaun. Firaun mulai
kekurangan pengaruh, sedang Musa selalu bertambah
temannya.

Kerananya dengan cara yang bagaimana juga, Firaun harus
mengenyahkan Musa dan pengikut pengikutnya dari Mesir,
dengan jalan pembunuhan. Tetapi Musa dan Bani Israel yang
tunduk kepadanya sudah siap sedia, mereka akan meninggalkan
Mesir serentak pada suatu malam yang sudah ditetapkan.
Di senjakala di malam yang sudah ditetapkan itu, berkumpullah
Musa dengan kaum Bani Israel di sebuah tempat, lalu berangkat
bersama sama meninggalkan Mesir, menuju ke Tanah Suci
Palestin kerana memang dari situlah mereka semua berasal.
Mereka berangkat harus hati hati sekali, kerana tentera Firaun
sejak siang tadi telah disiapkan untuk menghalangi
keberangkatan ini. Firaun bercita cita hendak memusnahkan
mereka itu semuanya. Sekian lamanya mereka berjalan di atas
gurun padang pasir yang kering, akhirnya mereka sampai di
pinggir laut yang luas. Bagaimana akalnya untuk menyeberangi
laut yang amat luas itu, kapal tidak ada, perahu pun tidak,
sedang musuh, iaitu Firaun dengan tenteranya yang kuat,
semakin dekat juga mendesak dari belakang, akan
memusnahkan mereka.

Di situlah Bani Israel mengalami ketakutan dan kekhuatiran yang
sehebat hebatnya, kerana mereka tahu, bahawa tentera Firaun
yang berkenderaan kuda dengan senjata senjata panah yang
tajam, telah semakin dekat,jauhnya antara mereka dengan
tentera Firaun, kira kira dua kali jalan anak panah atau kurang.
Bukan lagi takut dan khuatir, malah mereka masing masing telah
melihat maut sedang menghampirinya, keluhkesahnya sudah
mulai terdengar dari mulut ke mulut. Di tengah tengah
keluhkesah yang mendalam itu, tiba tiba tampil kemuka seorang
di antara Bani Israel yang ikut dalam perjalanan itu, berkata
dengan suaranya yang keras sekeras kerasnya, mengeluarkan
kemarahan serta geramnya terhadap Musa, mengemukakan
akan sesal dan kekesalan hatinya; ia ini pengikut Nabi Musa
yang bernama Yusya bin Nun.

Dengan lancangnya dia berkata: Hai, orang yang dapat bicara
dengan Allah! Bagaimana urusan engkau ini? Engkau telah
membawa kami menghadapi nasib yang tidak dapat dihindarkan
ini ! Laut terbentang di hadapan sedang musuh sudah mendesak
dari belakang, tidak ada sedikitpun jalan untuk menghindarkan
kematian.

Mendengar kata kata itu, Musa hanya berkata: Tunggulah,
mudah mudahan saya dapat berbuat sesuatu terhadap laut ini!
Kata kata itu sedikitnya telah dapat memberikan harapan hidup
kepada mereka, yang sudah yakin akan kematiannya itu. Tetapi
kenapa belum juga ada apa apanya, sedang musuh sudah
terdengar soraknya. Mereka kembali berputusasa, kesal dan
geram terhadap diri Musa. Mulai keluar dari isihati mereka yang
busuk busuk itu, celaan serta makian yang tak terbatas.
Tiba tiba Allah mewahyukan kepada Musa: Pukulkanlah
tongkatmu itu ke laut, hai Musa!

Segera Musa memukul laut itu dengan tongkatnya, dengan tiba
tiba terbentanghah di atas laut itu dua belas jalanraya yang
lapang lapang, sedang di kedua pinggirnya jalan itu masing
masing berdiri tembok air yang tebal, yang tak dapat ditembus
oleh panah atau peluru. Kerana bangsa Israil yang turut ketika
itu terdiri dari dua belas golongan (suku bangsa), maka tiap tiap
golongan mendapatkan sebuah jalanraya yang terbentang itu
untuk mereka tempuh.

Dengan gembira dan terimakasih yang sebesar besarnya,
mereka segera lari cepat melalui jalanraya laut yang sudah
terbentang itu, tepat ketika tentera Firaun kehihatan di
belakang, siap untuk memanah dan menghancurkan mereka.
Firman Allah: Dibentangkan bagi mereka jalanraya di laut, jalan
yang kering, tak perlu takut karam dan basah, Sedang mereka
berjalan dengan selamat di tengah tengah jalan laut itu, maka
terlihatlah oleh mereka akan Firaun dengan tenteranya sedang
mengejarnya, melalui jalanraya laut itu pula.
Setelah mereka tiba dengan selamat di seberang laut, kembali
kekhuatiran dan ketakutannya, kerana Firaun pun sudah dalam
perjalanan di tengah tengah jahanraya haut itu, menuju mereka.
Musa lalu memerintahkan kepada laut itu agar kembali kepada
keadaannya yang semula. Dengan perintah ini, dua dinding
tembok air di pinggir masing masing jalan itupun bertemulah,
sehingga semua tentera Firaun yang sedang berada didalamnya,
juga Firaun sendiri tenggelam, mati dan terkubur di sana
semuanya.

Di situlah tamatnya riwayat Firaun dengan segala kekejaman
dan kesombongannya, sama sama ditelan oleh laut yang
dibentangkan oleh Allah. Sedang Musa dan kaumnya selamat,
tak kurang suatu apa, sampai ke tempat yang mereka tuju.
Di waktu jiwa akan meninggalkan jasad Firaun di tengah tengah
perut laut itu, datanglah keinsafan kepada Firaun yang selama
ini tidak mahu insaf Insaf akan kebenaran Musa, akan kebesaran
Allah dan kelemahan dirinya, maka ia berkata: Saya percaya
(iman), bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, yang sudah diimani
oleh Bani Israel dan sekarang saya turut beriman pula sebagai
seorang Muslim.

Tetapi bukan saatnya ketika itu untuk menyesal dan memohon
ampun, untuk menyatakan beriman atau tidak. Masa itu adalah
masa seksaan yang terakhir, Dari itu taubat Firaun ditolak oleh
Allah, kerana terlambat dari waktu yang sudah ditentukanNya.
Di kala kedua tembok air itu bertemu menelan Firaun dan
tenteranya, terdengar bunyi hiruk pikuk di dalam perut laut itu,
sehingga Bani Israel sama bertanya kepada Musa: Suara apakah
yang hiruk pikuk itu?

Musa menjawab: Ya, itulah bunyi seksaan Allah yang ditimpa
kan kepada Firaun dan tenteranya.

Rupanya masih ada saja di antara Bani Israel, yang menurut
pengakuannya sudah beriman, tetapi dalam batinnya masih
tertinggal kepercayaan lamanya, sehingga dia tidak percaya
bahawa Firaun itu sudah mati, sebab Firaun itu katanya tuhan,.ia
bisa hidup di Mesir dan bisa pula hidup di dalam laut. Kepada
Nabi Musa dikatakan oleh orang itu, bahawa Firaun belum mati.
Diterangkan oleh Musa, bahawa sangkaan yang demikian itu
adalah persangkaan yang batil, yang tidak benar belaka. Lalu
laut itu memuntahkan mayat Firaun ke permukaan air, sehingga
dapat dilihat oheh mereka, bahawa Firaun itu benar benar sudah
mati.

Walau demikian, masih saja terdapat di antara mereka itu yang
behum percaya akan kematian Firaun, malah ia berkata bahawa
Firaun itu masih hidup di alam ghaib, pendekata menurut
kemahuan mereka saja.

PERISTIWA SAPI
Di kalangan Bani Israel di kala itu ada seorang yang sudah tua
umurnya dan telah dapat merasakan sendiri, bahawa dalam
waktu yang tidak lama lagi, dia akan meninggalkan dunia yang
fana ini. Orang tua itu adalah orang tua yang soleh, tidak
menghiraukan kekayaan dunia, sehingga kehidupannya boleh di
katakan sederhana sekali, tidak ada yang dipunyainya, kecuali
seorang anaknya yang masih muda dan se ekor sapi yang
sangat dicintainya.

Setelah terasa olehnya, bahawa ajalnya sudah dekat, lalu
anaknya itu dipanggil. Dia berkata dan berwasiat terhadap
anaknya: Anakku, aku akan pergi meninggalkan engkau untuk
selama lamanya dan engkau akan tinggal sendirian menjadi
yatim piatu, kerana ibumu sudah meninggal lebih dahulu. Tidak
ada pula peninggalanku untukmu, kecuali sapi se ekor.
Peliharalah sapi itu sampai besar. Aku doakan kepada Tuhan,
agar hidupmu mendapat perlindunganNya.

Setelah orang tua itu meninggal dunia, maka tinggallah anak itu
seorang diri dengan se ekor sapi itu, sebagai harta pusaka
peninggalan bapanya. Sapi itu sesuai dengan wasiat bapanya,
dijaganya baik dengan selalu ia memohon pertolongan serta
perlindungan dari Allah s.w.t.

Tidak jauh dari tempat itu, di kalangan Bani Israel itu juga,
terdapat pula orang tua. Berbeza dengan orang tua yang sudah
meninggal dunia itu, kerana orang tua ini adalah orang yang
kaya raya, mempunyai harta benda yang amat banyak, yang
tidak ada tolok bandingannya dalam masyarakat di kala itu.
Orang ini pun hanya mempunyai seorang anak pula.

Kepadanyalah semua harta benda peninggalan (pusaka) itu
harus diserahkan, bila bapanya itu sudah meninggal dunia nanti.
Tetapi orang tua itu mempunyai beberapa orang anak saudara
dan famili pula, yang kesemuanya menginginkan harta yang
akan ditinggalkan itu. Namun menurut aturan ketika itu, selama
ada anak, orang lain walaupun siapa saja tidak mendapat
bahagian dari harta peninggalan itu. Akhirnya timbullah nafsu
dan fikiran jahat dalam hati mereka, untuk mendapatkan harta
sebanyak itu. Mereka semuafakat akan membunuh anak yang
berhak itu dan kemudian mereka akan berlepas diri tentang
pembunuhan ini, akan menuntut kepada Musa untuk
menghukum pembunuhnya. Akal busuk ini segera dijalankan
dengan teratur sekali, sehingga tidak seorang juga yang dapat
mengetahui rahsianya.

Begitulah, dengan cara yang sangat teliti sekali, pembunuhan
terhadap anak itu mereka lakukan, sehingga seorang manusia
pun tidak ada yang mengetahuinya, siapa sebenarnya yang
menjadi pembunuhnya. Keesokan harinya dengan berpura pura
sedih dan dalam keadaan berkabung atas kematian sepupunya
yang tercinta itu mereka bersama sama datang ke tempat Musa
untuk mengadukan pembunuhan kejam itu agar dapat menutupi
kejahatan yang mereka lakukan sendiri. Malah mereka menuntut
kepada Nabi Musa; agar pembunuhnya segera ditangkap dan
dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.
Walau bagaimanapun Musa menyelidiki kejadian yang gelap ini,
masalahnya masih tetap gelap juga, tidak dapat diketahuinya,
siapa sebenarnya yang menjadi pembunuhnya. Akhirnya Nabi
Musa mendoa kepada Allah tentang masalah gelap ini. Allah lalu
memerintahkan kepada Musa, agar kepada semua orang yang
datang mengadu itu, diwajibkan menyembelih se ekor sapi dan
dengan sapi yang disembelih itu, Musa diperintahkan Tuhan
untuk memukul orang yang sudah mati terbunuh itu. Dengan
cara ini orang yang sudah mati itu akan hidup kembali dan dapat
menceritakan sendiri siapa yang telah membunuhnya. Lalu Musa
memerintahkan kepada mereka itu untuk menyembelih se ekor
sapi.
Sungguh ganjil sekali perintah itu menurut pandangan mereka,
sebab tidak ada hubungannya dengan tuntutannya. Mereka
berkata: Apakah engkau hendak mempermainkan kami? Dengan
tegas dijawab oleh Nabi Musa: Aku berlindung diri kepada Allah,
bahawa aku akan menjadi orang bodoh.
Entah kerana masih belum percaya, entah kerana engkar
terhadap perintah ini, mereka menjawab lagi kepada Musa:
Tanyakan kepada Tuhanmu, sapi yang bagaimanakah yang
dimaksudkan Tuhan itu?
Musa kembali mendoa dan bertanya kepada Tuhan, sapi yang
bagaimanakah yang dimaksudkan Tuhan dalam perintah itu.
Setelah Tuhan menerangkan keadaan sapi yang dimaksudkan
itu, lalu Nabi Musa menyampaikan keterangan Tuhan itu kepada
mereka dengan berkata: Tuhan mengatakan, sapi itu adalah sapi
yang tidak tua dan tidak pula muda, iaitu pertengahan antara
tua dan muda. Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!
Kembali mereka meminta, agar Nabi Musa kembali mendoa dan
bertanya kepada Tuhan, tentang bagaimana warna sapi yang
dimaksudkan itu. Setelah Nabi Musa mendoa dan bertanya
kembali kepada Tuhan, maka diterangkan Tuhan tentang warna
sapi itu, lalu oleh Nabi Musa disampaikan pula kepada mereka:
Bahawa Tuhan berkata, iaitu sapi yang berwarna kuning dengan
warna yang cemerlang dan dapat menggembirakan orang yang
melihatnya.

Dengan jawapan ini, mereka masih bertanya lagi dengan
menyatakan, bahawa mereka masih ragu ragu, ia minta supaya
Nabi Musa berdoa dan bertanyakan kepada Tuhan sekali lagi,
yang bagaimana yang benar benar dimaksudkan oleh Tuhan itu.
Musa mendoa dan bertanya lagi kepada Tuhan, serta mendapat
jawapan pula. Segera Musa menyampaikan apa yang
diterangkan Tuhan itu kepada mereka: Iaitu sapi yang tidak
jinak untuk dipergunakan membajak sawah dan pengangkut air
dan harus yang bersih, tidak ada belang warnanya sedikit juga.


Dengan pertanyaan yang terus menerus terhadap apa yang mula
mula diperintahkan Tuhan terhadap mereka, akhirnya mereka
diharuskan mencari sapi yang banyak sekali syarat syaratnya.
Beberapa hari lamanya mereka berjalan ke sana ke mari untuk
mencari sapi sebagai yang diterangkan itu, tetapi tidak mereka
dapati. Sulit sekali mencari sapi yang berwarna kuning serta
cemerlang, apa lagi harus bersih yang tidak ada belangnya sama
sekali, ditambah pula harus yang tidak jinak, sedangkan
umumnya sapi sudah biasa dipergunakan orang untuk membajak
atau mengangkut air.

Sesudah bersusah payah mencarinya, akhirnya mereka
menjumpai juga se ekor sapi yang memenuhi syarat syarat yang
ditentukan itu, iaitu se ekor sapi pusaka yang diwariskan oleh
orang tua soleh kepada anaknya yang masih kecil serta yatim
piatu, sebagaimana diterangkan terdahulu. Oleh kerana sapi ini
sapi pusaka yang dipelihara dengan pemeliharaan yang luar
biasa pula, maka anak ini tidak mahu dan tidak mempunyai
keinginan sama sekali untuk menjualnya, apa lagi sapinya itu
akan dibeli orang untuk disembelih pula.

Tetapi kerana ini adalah perintah Allah, maka dengan cara yang
bagaimana juga sapi itu harus mereka peroleh. Akhirnya kerana
untuk keperluan menjalankan perintah Allah, anak itu pun rela
juga menjual sapinya, tetapi harus dibeli dengan harga yang
setinggi tingginya, kerana memang hanya sapi yang se ekor
itulah kekayaannya di atas dunia ini.

Setelah sapi itu mereka beli, lalu disembelihnyalah, lidahnya
segera diambil oleh Nabi Musa, lalu menuju ke tempat orang
yang mati terbunuh itu yang sudah lama dikuburkan. Setelah
disuruhnya membongkar kuburan itu, mayat itu pun lalu dipukul
oleh Nabi Musa dengan lidah sapi, mayat itu pun hidup kembali.
Maka ditanyakan kepadanya, siapa yang membunuhnya mayat
itu ditunjukkan bahawa yang membunuhnya adalah mereka
yang datang mengadu kepada Musa itu. Dengan kejadian ini,
terbukalah rahsia selama ini dan tersimpul pula berbagai bagai
pengajaran dan peringatan yang sangat tinggi nilai serta
harganya, untuk orang orang yang percaya kepada Tuhan.


Related Posts with Thumbnails
--------------- Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

"Al-Mahdi" (1) ( Raden Said) (1) (Rahasia Keramat Wali) (1) 38 Hikmah Sufi Sayyid Ali Shah (1) Abad (1) af'al asma' (1) Akhir Tahun (1) akhir waktu Asar (1) Aku adalah harta yang tersembunyi (1) Al Habib Saiykhon Bin Musthofa Albahr (1) Al-Ghazali Menuju Tasawuf (1) Al-hallaj (1) Allah dapat dikenal (1) Almarhum Ustaz Taha Suhaimi (1) Asy-Syeikh (1) Aurad Muhammadiah. (1) Awal Mula umat Bani Israil Meduakan Allah (1) Awan Misterius Muncul Di Langit Israel (1) AZAZIL Menjadi Iblis (1) Bab Sembahyang (1) Baitul Makmur (1) Bani Tamin (1) Bertasauf Mengikuti Sunnah (1) Bertemu Allah (1) Bhah Agong (1) Bumi Datar (1) bumi-para-wali-allah. (1) Buya Syakur Yasin MA Pon Pes Cadangpinggan (1) Cincin Nabi Sulaiman (1) Cinta Rasul (1) Ciung Wanara (1) CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH (1) Dabatul Ard (1) Dabatul Ard Makhluk Raksasa (1) Dakwah Dalam Kubur(GUSNUR)Malang (1) DAN MAKJUJ (1) dan suluhlah kedalam diri sendiri (1) Dari mana kita datang (1) diba'i (1) dibaca 3 kali (1) didunia fana (1) Ditemukan Manusia (1) Doa (1) DOA MENGHINDARI DARI (WABAK) (1) dunia kelab dan semantara (1) dunia kosong (1) dunia palsu (1) ghaib (1) ghaib sahaja (1) Gunung Tidar (1) GURU MURSYID (1) HABIB LUTFI (1) HABIB LUTHFI (1) Habib Rizieq (1) hayatilah (1) hisham (1) Hj shaari penulis kitab Makrifah Tok Kenali (1) IBLIS DAN MANUSIA (1) IMAM GHAZALI BERPESAN (1) IMAM MAHDI (1) ISKANDAR ZULKARNAIN (1) islam sufism shahadah shahada (1) Istana DAJJAL (1) Jerry D.Gray (1) JIN (1) JIN BAWA GARAM .manusia membuat masiat (1) jin dari AZRAQ (1) Jiwa yang Merdeka (1) Junaid Al-Baghdadi (1) kampong kosong (1) KELAHIRAN YAKJUJ (1) Kematian Abu Lahab (1) Kembara ke Sidratul Muntaha (1) Kerajaan Jin Terbesar di Dunia (1) KETURUNAN FATIMAH (1) KH RHOMA IRAMA. (1) Kiblat Malaikat (1) Kisah Legenda (1) KIsah Nabi Muhammad (1) KISAH NABI MUSA (1) KISAH NABI NUH AS (1) KISAH PARA NABI (untuk iktibar) (1) Kitab Iblis (1) lepat (1) Makam (1) Makrifatullah (1) Masjid Besar Bandar Kelang (1) Masjid dome of rock (1) Maulana Malik Ibrahim ( SUNAN GRESIK ) (1) Maulidin Nabi Bida'ah (1) mengenal (1) Mengenal diri (2) Mengenal Diri Melalui Tidur (1) Misteri Bulan Mengambang (kuliah) (1) Mistik Kota Ngawi (1) MUFTI SYED ISA SEMAIT (1) Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (1) muslims (1) NABI AYUB (1) NABI MUSA LARI DARI MESIR (1) Nabi Tertidur 1 (1) Nabi Uzair. (1) naqshbandi dhikr (1) nazam (1) NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH (1) OPICK - tombo ati (1) pada wajah diri kita dan pada wajah alam (1) Pak Su Mid (1) paku pulau jawa (1) Pandanglah sifat Allah (1) Pengajian Akbar Bersama Gus Nuril (1) Pengalaman (1) penglihatan makrifat (1) Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir (1) Petruk Bagong (1) Pohon Ghorqod (1) Prabu Jayabaya (Kitab Musarar) (1) RAWA PENING (1) Rindu Allah Mahabbatillah by Gus iMM (1) Saidina Umar ibni al-Khattab (1) Sebelum Zaman Wali (2) Sejarah Bangsa Jin dan Iblis (1) selidiklah (1) Semar Gareng (1) Semut Bertasbih Kepada Allah SWT’ (1) Setan Kober (1) shaykh (1) Shaykh Hisham Kabbani (1) SIAPAKAH ANAK-CUCU MANUSIA YANG TERSELAMAT DI DALAM BAHTERA NABI NUH ALAIHISSALAM ? (1) sifat (1) SUDAH MUNCUL - PENJELASAN ULAMA (1) sufi (1) SUNAN AMPEL (1) Sunan Gunung Jati (1) SUNAN KALIJAGA (1) Syahidnya Imam Hussein (1) Syekh Siti Jenar Di Hukum Mati (1) Tahlil (1) Tentang Iskandar Zulkarnain (1) Terjemahan.. Surah Al Kahfi (1) Ternyata Ciptaan Sunan (1) tiliklah (1) Tongkat Nabi Musa (1) TUAN GURU HAJI SHAARI (1) Ustaz Don (1) Ustaz Haji Shaari Mohd Yusu (1) Ustaz TM Fouzy (1) Wan Sehan (1) Yakjud dan Makjud.. (1) Yurusalam (1) Zahirnya wajah Allah dipersada alam (1)

DUA DUNIA